1st Checkup | 3rd Pregnancy

Mommy Irra g checkup semalam. 19/8/2014. Siaran tertunda. Baru hari ni update. Haish mommy nie...pasai pa lambat sangat taktau... Lepas ni akan berusaha update on the spot. Menjadi blogger yg berjaya. #blogger #lifestyleblogger #kelabbloggerbenashaari

Sejarah kelahiran anak-anak penting bila mengandung ni. Memang doktor akan tanya lah. Ini sejarah anak pertama dan kedua mommy Irra:
  • 2011 Normal 2.88kg Male GDM Diet Control
  • 2013 Normal 3.67kg Female
Doktor terkejut anak kedua besar sangat. Mommy bagitau la masa anak pertama tu ada GDM under diet contorl. "Control betul ni", balas doktor. Bagus kawal pemakanan ni. Saiz bayi semasa di lahirkan comel. Sakit selepas beranak pon tak teruk sangat. 

Lepas tu doktor perati tahun kelahiran pula, perbezaan 2 tahun setiap anak. Doktor kata awak kena rancang selepas ini. Bahagian ni mommy Irra sayang Dr Harzana. Dr Harzana tak sebut langsung pasal planning. "Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi.". 

Mommy Irra pula ada banyak versi jawapan. Salah satu: DaddyG nak 5 orang anak. Perancangan asal adalah beranak tahun 2016. Namun perancangan Allah tak siapa yang tahu. Tak ada beza pon beranak 2015 atau 2016. Sama je rasanya. Sakit jugak. Jangan hentam mommy nooo! Emo tu tahap gaban masa mengandung ni.. 

Tekanan darah 110/60
Berat 46.5 kg
Jangka bersalin hujung bulan 3.

Tarikh jangka bersalin pon tak tau lagi. Tak boleh kira tarikh datang period. Memang lari jauh sangat. Mommy punya pengalaman anak pertama bersalin 37minggu 1 hari. Anak kedua pula cukup-cukup 40minggu. Anak ketiga ni harapan menggunung setinggi Gunung Jerai (gunung ni ja pernah mommy daki), keluar awal macam abang Adam Rayyan eh? 


Tarikh jangka bersalin tu tengok dari saiz rahim semasa imbasan (scan). Disebabkan pundi kencing kurang air, tak nampak saiz baby dengan jelas. Yang penting nampak jantung baby berdenyut. Lega.

Rawatan susulan selepas ini mommy Irra kena minum banyak air sebelum ke klinik. Baru senang nak nampak baby.

Seronok! Gembira! Tak terkata. Senyum.

13 comments:

  1. hihi... tak sabar nak tengok bby ketiga kak ira.. :)

    ReplyDelete
  2. bestnyee...semoga semuanya dipermudahkan untuk momyyy irra :)

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan kak:) wahh! tahniahh3, smoga Allah permudahkan sgala urusan akak nnti

    ReplyDelete
  4. tahniah dan terima kasih krn sudi blogwalking.. :)

    ReplyDelete
  5. Tahniahhhh. semoga sihat sentiasa dan jaga diri baik2 :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kak.. tahniah!! Am happy for you.. jangan diri elok2 ye

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum mama ira..lin da lame x jenguk sini ..wah .. akk preggy lg ea.. mabruk k! :) :) :) (h)

    ReplyDelete
  8. Tahniah Mommy :) Take care more :)

    ReplyDelete
  9. congrate.. nanti pas baten kat KM pulak tau... :)

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat tengok scan tu in real life. lagi-lagi kalau anak sendiri kan. ^^,

    ReplyDelete