10 Minggu Dah !

Kalau ikut scan terakhir, EDD 26-3-2015. Jadi, masa buat UPT(urine pregnancy test) 18/7/2014 dapat double line dan kabur, baby berusia 4 minggu 1hari. Terlalu awal kesan preggy kali ni. Sama seperti mengandungkan Adam Rayyan. Masa Anis Insyirah dah mengandung dua bulan lebih baru tau. 

Tarikh-tarikh penting babyB dalam perut mommy

Pada hari yang sama line kabur tu mommy pergi klinik, sah memang mengandung. Macam mimpi. Anis Insyirah kecik lagi. Mengikut hari pertama period terakhir, EDD 3 Mac 2015. Kandungan dah berusia 13minggu. Masa ni tak scan baby sebab baru lepas cek UPT. 

Masa ni la mommy dah tau ada babyB. Saiz baru 1mm. Subhanallah. 

23/7/2014: Mommy rasa semacam jer. Betul ke ada baby ni? Dah 13 minggu 5 hari, kalau scan mesti dah nampak. So pergi klinik cakap nak scan baby. Doktor tak nampak apa. Lama jugak doktor mencari-cari. Dinding rahim pon nipis. Doktor syak mengandung luar rahim. Hah??! Terus doktor buat surat rujukan ke pakar. Padahal baru 4 minggu 6 hari. Memang la tak nampak lagi. Tidur tak lena malam tu.

hanya 0.1 inci mempengaruhi hari-hari mommy. hebat. BabyB saiz biji buah oren.

24/7/2014. Lebih kurang jam 9:45 pagi sampai di Hospital Serdang. Menuju ke O&G. Nurse yang bertugas minta tunggu doktor untuk tengok Referral letter. Kemudian Doktor suruh pergi emergency.
10:00 Masuk emergency doktor scan. Tak ada baby.. Huh mommy berdebar. 
10:15 Doktor bagitau "Positif Puan". Semakin berdebar. Takutnya sebab doktor semalam kata mengandung luar rahim. Huhuhu 
10:28 Tunggu pakar sakit puan. Yang datang doktor lelaki yang masih muda. Siap mommy usha BOD 1/8/1987. Muda setahun dari mommy Irra. 
Keputusan scan, ada baby. Kantung kosong. Baby baru 4 minggu. Doktor kata ada dua kemungkinan: 
1. Baby tak jadi
2. Baby baru jadi
Datang semula selepas 2 minggu.
Fuhh lega. Bukan lah mengandung luar rahim. 

Apa itu mengandung luar rahim?
Nanti mommy irra buat entry lain pasal ni :D

Mommy Irra tau lagi awal. bukan 6 weeks. tapi 4 weeks. hehe

Alhamdulillah kali ni punya pregnancy tak ada muntah-muntah. Tapi loya nya teruk. Lepas makan je meloya. Lepas makan je baring untuk hilangkan meloya. Bila baring tu tertidur. Hahaha sebab tu la mood blogwalking semua ke laut. Asal jaga je lapar. Asal jaga je kena layan perut dan layan anak. Lepas tu kena baring sebab penat dan meloya. Mulut payau macam orang sakit. Sampai la sekarang ni dah 10 minggu. Sekejap sakit pinggang. Sekejap lenguh kaki. Badan masa preggy ni memang manja lah. Tapi kena gagahkan buat yang wajib-wajib. 

Saat-saat begini kita rasa macam kerdil sangat. Dahsyat sungguh ciptaan Allah.

7/8/2014Rawatan susulan di Hospital Serdang. Keputusannya baby ada dan kandungan lebih kurang 8 minggu. Macam-macam mesin scan ni. Hari tu kata 4 minggu. Sekarang jadi 8 minggu selepas dua minggu. Jadi apa-apa kena tunggu besar sikit baru dapat tau EDD betul-betul. Yang penting semuanya ok.

Kalendar babyB bulan ke3

Bila dah nampak baby. Baru lah berita gembira ini disampaikan kepada keluarga. Hari ini dalam sejarah jugak la mommy tak kepoh. Hahahahaaa.. Suruh mak abah dan semua family doakan baby sihat dan membesar dengan sempurna. Tahun depan saya beranak lagi!!!!

babyB 8 weeks

19/8/2014: First checkup ni la tau EDD. Dah 8 minggu 5 hari. Tapi mungkin berubah sebab masa tu air kencing tak banyak. Jadi scan tak berapa jelas. Yang penting nampak jantung baby.

babyB 9 weeks

Semoga cepat-cepat hilang meloya ni. Tak suka sangat mulut rasa payau tak sedap.

babyB 10 weeks

BabyB dah 10 minggu! Semoga membesar dengan sihat dan sempurna! Mommy Daddy Adam Rayyan Anis Insyirah love you!

13 comments:

  1. wah...suka baca...
    semoga baby sihat...
    n moga akak cepat hilang loya tuuu...

    ReplyDelete
  2. jaga kesihatan... loya kejap je tu.. nanti ok dah hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 6minggu meloya dan melepek KM. Huhuhuu skang di tambah anis merap. Nak melekat jer.

      Delete
  3. oh kite sebaya lah ye..tahun 86??

    tahniah yer... sy msh trauma nk beranak lg..mengandung mmg best hehe

    ReplyDelete
  4. masa saya masuk hospital dulu sebab sakit, ada seorang patient duduk dekat sebelah katil saya. kandungannya berada di luar rahim. kesian saya dengar. tapi muka dia happy je. dah lah bakal anak sulung. mungkin ada hikmah.

    ReplyDelete
  5. Irra...masih meloya, patut lah x nampak dlm blog pcl.., jaga kesihatan..utamakan yg lbh utama, blogging bila ada masa terluang sja..ok Tahniah lg sekali.

    ReplyDelete
  6. luar rahim? nnti share ye kak ira.. berguna nie utk pengetahuan.. walaupon anis belum kawen lagi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Nnt nak share. Sempat merasa takut sbb suspect luar rahim tu...boleh bawa maut klu lambat tahu..ada yg kne buang tiub fallopio

      Delete
  7. Dah 10 minggu kiranya dh masuk 2 bln lebih lah ye. Jaga kesihatan je irra jgn buat keje berat2

    ReplyDelete
  8. rasanya tak terlambat lagi untuk akak ucapkan tahniah..wah..adam dan anis dpt adik ler...seronokkan bila pregnant semula...hurmmm akak tak tau lg..boleh ke tidak..

    ReplyDelete