bila kita nak ubah sesuatu yg kita dah biasa.
payah kan?
dah terbiasa culas makan ubat
dari kecik sampai ke besar
dari bujang sampai dah kawen
sampai jadi mak pon
still culas makan ubat
itu la aku
dari kecik suka makan toyu (kicap)
sampai ada anak pon aku masih suka toyu
TAPI
sebab anak aku kena ekzema
aku ketepikan toyu
KENAPA
aku sanggup buat apa saja demi anak
mereka kata kenapa susah-susah? stop jela breastfeeding
Allah!! sungguh mudah solutionmu.
teruk sangatkah susu ibu yg Allah cipta itu?
bagus sangatkah susu lain dipasaran?
adakah susu lain tu akan buat ekzema itu hilang?
kamu ada jawapan?
mereka kata tak payah pantang makan, ambil je supplement X
kalau diambil kira perihal mereka,
susu yg paling berharga itu akan jadi apa?
adakah supplement itu membaikkan keadaan dengan serta merta?
cuba kau berada ditempat aku
menjaga si kecil yang tak tahu apa
menangis kegatalan siang dan malam
dia tak boleh berkata “mommy, adik gatal”
dia hanya tahu menangis
dia hanya tahu menggaru
bukan orang lain yg merasa apa yg aku rasa
cuba kau berada ditempatku
mengetahui sejarah pesakit ekzema orang lain
dengan rawatan yg mereka gunakan
mengetahui kesan rawatan yg berpanjangan itu
tidak kau tahu
A berkata itu
B berkata ini
namun aku mengikut firasat hati
telinga ni dah penat mendengar orang mengata itu ini
sehingga aku dah lali
aku,
seorang lulusan komputer sains
aku tak ada background medication
namun,
aku mencari ilmu tanpa jemu
mencari mereka yg seangkatan denganku
kerana mereka pernah melalui apa yg aku lalui masa itu
ya solution aku dari dulu sehingga kini
pertama study
kedua merujuk kepada yg pakar
ketiga merujuk kepada yg mengalami
kami punya connection
sama-sama berkongsi rasa
aku yakin dan pasti dengan apa yg aku lakukan
dengan sokongan padu dari suami
sama-sama mengubah gaya pemakanan harian
benda dah jadi sayang
let it be
come and go naturally
untuk yang akan datang
kita cegah dari sekarang!
jangan biar ia berulang.
Mommy Irra
3/7/2014
Klau dgr cakap org mmg x habis so better buat pilihan sendiri dan akak Jm rasa irra buat pilihan yg bijak :-)
ReplyDeleteYa pilihan ira dh settle. Anis tinggal 10% lagi.. Pilihan org lain? Ira xnak org lain lalui benda yg sama. "Alahh biar lah org nk guna apa pon". Irra xnak yg tu. But nak yakin kan org susah. Sehingga mereka rasa apa yg ira rasa..baru mereka tahu kebenarannya... Xpe kan. At least ira menyampaikan benda yg betul.. Kan akak JM?
DeleteBuat apa yang kita rasa terbaik...orang boleh berkata apa saje...sebab kata kata itu percuma :)
ReplyDeleteI love you mucho MissNick! Kata2 itu percuma! Thanks so much..rasa segar mendengar quote itu..rasa bersemangat meneruskan misi..
Deleteeczema?? cuba guna sabun hijau yg sana sini sibuk cakap tuh..
ReplyDeletebnyak testimoni berkesan..:)
Masa Anis Insyirah tengah flare up, kak irra guna air daun sireh. Baru ada perubahan pada kulit dia. Terasa lembut hari demi hari. Yang paling penting, sangat selamat and no side effect. Sebab bab sabun2 kalau salah sabun, ekzema become worst! Kesian budak kecik comel tu. Im the person yg bertanggungjawab segalanya ke atas dia. Jadi apa2, mommy yg kena menghadap anis mengamuk kegatalan...pity her..
DeleteTapi xpe..skrg anis insyirah dah semakin baik..mommy elak makan kekacang/makanan yang berasaskan kekacang. InsyaAllah cepat Anis Insyirah pulih sepenuhnya. Oh pjg ku membebel.
Allahu. Kesiannya anak akak. Rasanya susu ibu memang terbaik. Semoga anak akak cepat sihat. Amin amin.
ReplyDeleteFollow sini kak. kalau rajin, jomlah join blogslist saya. Komen sahaja :)
الله pilih kami untuk diduga dengan sakit kulit kronik ni..ada hikmah disebaliknya..aaminn aaminn...semoga anis bebas ekzema sepenuhnya...akak dah pegi join..hehe..nnt dh masukkan, bgtau ya..kita tukar :)
Deleteyakin dengan kata hati kita.. xperlu dgr kte2 orng..
ReplyDeleteHehe...tapi stress telinga kita tauu...dengar but not follow them :D
DeletedaddyG kata layan je apa org cakap :-d
bleh plak soh org stop bf ye..betul tu jgn dgr ckp org :)
ReplyDeletesakit hati kan. tapi ni cerita lama gak la. anis insyirah dah 90% pulih. tiba2 emo sikit. hihi
Deletemacam -macam pantang larang rupanya.
ReplyDeletebukan la pantang. makanan skrg ni ada bahan macam2. makanan natural boleh. yg natural xleh pon kacang dan jagung
Deleteowh. ada hikmah di sebalik ekzema ni. banyak ilmu yang ibu adam dapat
Deletepedulikan apa org kata sbb diorg tak tau apa yg kita tggung
ReplyDeletebetul. pedulikan. cuma kena hadap jugak la.
Deletekena pekakkan telinga :P
Yakin je dgn apa yg kita lakukan sbb kita yg menghadapinya & lebih memahami ttgnya...
ReplyDeletebetul. :)
DeleteKesiannya :/
ReplyDeletesusu ibu paling terbaik... klu susu kat luar tu takut alergik lg teruk... kita ibu dia, so kita tau apa yg terbaik... dgr kata yg lebih pakar... jgn dgr kata org yg tak bertauliah... huhu.
ReplyDelete