Sakit Telinga Sejak Hari Pertama Puasa

Semasa menulis entry sudah masuk 6 Ramadhan. Mommy nak story pasal semalam. Bangun ja pagi, telinga sakit lagi. Arghhh dah masuk hari ke-5 telinga sakit ni. Bersin pon sakit. Sakit ni jangan di layan. So dia tak membelenggu aktiviti seharian kita. Namun begitu, hati mula resah. Dah banyak hari ni. Apa la ada dalam telinga ni? Apa lagi? Terus bagitau daddyG. Okey malam nanti kita ke DEMC.

Bertemu doktor untuk mendapat kepastian apa benda dalam telinga ni. Doktor pon check lah. Rupanya tahi telinga keras jer. Hahahahaa..Tak pernah-pernah sakit telinga sebab tahi telinga...okey lawak kan..lawak2 pon sakit sangat tau..kepala pon sakit berdenyut-denyut akibat sakit telinga ni..

Kalau korang rasa sakit mcm mommy, sure korang pergi klinik jugak tau. Dah, jangan gelak lagi! :D 

Jom layan gambar peneman setia mommy.

Perkembangan Anis Insyirah. Kes toyu/kicap, muka tinggal sikit-sikit ja lagi bintik-bintik. Dah tak nampak dalam gambar. Mommy dah tak makan toyu. 

Okey lah. Nak tdo dah. Esok nak bangun sahur. Selamat berpuasa ya semua :)


Salam ukhuwah,
Mommy Irra

19 comments:

  1. Maap kak. tergelak sikit tadi. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...akak maafkan..di bulan puasa bulan mulia ni :-d

      Delete
  2. sila korek telinga selalu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut ada binatang dlm tu jer...korek selalu dh..
      Telinga puasa kot jadi kering...hahahaa

      Delete
    2. tapi memang ada binatang penghisap darah suka duduk dalam telinga. namanya cikenit atau kutu lembu. bila dia dah masuk memang menyiksa la sakitnya

      Delete
  3. oo taik tlnga keras pun jd telinga skit ye..bru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) first time kena ni.
      risau ada binatang masuk ke
      tu yg pegi jumpa doktor jugak :-d

      Delete
  4. Comel je peneman setia tu.. puasa ni badan cpt panas, tambahan pula cuaca pun panas. Tak mustahil tahi telinga pun boleh kering hehee.. kelakar pulak komen mcm ni.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel mcm mak dia ler :>)
      herbalist yg menjadi rujukan ira cakap sebab cuaca panas. hehe
      kelakar tu memang sgt kelakar..sebab xpenah jadi lagi sebelum ni :D

      Delete
  5. Ahakass Akak Jm pun pernah alami situasi begini so mmg x gelak :-)
    Sakit sangat lepas titik ubat boleh buang rasa nyaman :-)

    ReplyDelete
  6. Eh.. first time dengar pasal ni xD

    ReplyDelete
  7. ear wax - titiskan sodium bicarb ear drops. insyaalllah lembut lepas 3 hari (paling awal).

    ReplyDelete