Mommy Irra nak kongsi petua tanak/masak nasi.
Basuh beras 3x
-Bilasan pertama baca al-Fatihah
-Bilasan kedua baca al-Inshirah
-Bilasan ke3-selawat
|
Petua tanak/masak nasi |
Dulu-dulu tiap kali masak nasi mesti mak ingatkan tentang bacaan ayat-ayat ni. Patuh pada arahan seorang ibu. Tanpa bertanya sebab dan asbab sehingga kini menjadi amalan harian. Pandangan peribadi mommy Irra, setiap butir bicara kita adalah doa. Lebih-lebih lagi doa ibu adalah doa yang mustajab. Mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga bukan hanya ketika selepas solat.
|
Beras rebus |
Mari kita sama-sama selami dan fahami satu persatu terjemahan ayat-ayat dalam surah al-Fatihah dan al-Inshirah
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Bila nak up entry ni baru mommy Irra call mak. Kenapa mak suruh baca Fatihah dan Alamnashroh ketika basuh beras. Mak jawab: "Untuk menyucikan hati dan jiwa. Minta dijauhkan dari segala penyakit."
Boleh juga ditambah ayat pelembut hati Nabi Daud semasa masukkan air terakhir.
“Ya Allah, lembutkanlah hati mereka sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"
Doa ini untuk melembutkan hati sendiri, suami dan anak. Doa pelembut hati ni mommy Irra selalu lupa. So lepas ni kena selalu-selalu baca supaya jadi amalan harian.
Mari kita sama-sama amalkan.
with love,
Mommy Irra
irrayyan.com
Sy pernah dengar pengamal perubatan islam cakap. Kalau makanan yang kita masak cepat sangat basi pun boleh jadi ada 'benda' dah kacau masakan kita. Sebab tu setiap kali nak masak kena baca sekurang2nya bismillah... kan ira?
ReplyDeletePasal benda kacau tu ira xtau...tapi dari kecik lagi mak ajar buat apa pon kena selawat...mandi pon selawat...basuh sayur pon selawat...ira setuju sekurang2 baca bismillah
Deletepetua yang bagus ni.berkat setiap suapan nasi tu ^^
ReplyDeletejom tengok entry baru http://eyranasrin.blogspot.com/2014/07/review-qlia-shop.html
Japg ira terjah :)
DeleteSebagai seorang ibu. Ini antara tugas utama. Bab makan ni kena jaga. Tips yang menarik disamping boleh berzikir ketika masak lauk pauk dan sebagainya.
ReplyDeleteSelain dari tu. Kuku tukang masak pun kena jaga.
Kuku alhamdulillah pendek sedia..hehe
Delete:)
DeleteInfo yang bagus tq ye share kat blog...boleh diamalkan untuk manfaat bersama :)
ReplyDeleteterima kasih... :)
DeleteInsya Allah. Selalu sya selawat je masa tengah basuh beras.
ReplyDeleteyg ni mak akak pesan sejak dulu2 zaman sekolah lagi...
DeleteSubhanallah.. perkongsian yg sgt bermanfaat. Peringatan buat kita semua. I kasih Irra..
ReplyDeletesama2.
Deletethanks share petua nih
ReplyDeletethanks share petua nih
ReplyDeletenice sharing. amalan doa memang setiap kali apa-apa yang kita buat, memang kita tak boleh lupakan.
ReplyDeletelagi-lagi makanan. sebab yang tu akan masuk dalam perut kita.
apa yg kita cakap tu doa. sebab tu kena cakap baik2 je
Deletethanks dear berkongsi petua ni :D
ReplyDeletesalam ramadan ke 22
bagusnyaa.. husna selalu selawat je.. boleh amal nih..
ReplyDeleteterima kasih berkongsi.. :)
Selalu sha masak nasik memang selawat nabi 3 kali... baru2 ni je mama sha suruh baca surah-al-sharh.. surah yang selalu baca kat sekolah dulu boleh lupa... @-)
ReplyDeletesalam. bagus petua ni..nanti sy amalkan..
ReplyDeletewahhh... thanx share petua ni.. bleh amalkan lepas ni.. jom singgah kalau sudi http://hidayuayumie.blogspot.com/
ReplyDelete