Ekzema | Salah mommy?

Semalam makan sakan kan kat Asiari SACC Mall. DaddyG pula suap Anis Insyirah kek pisang. Nak bagi adik dok diam. Gula yang digunakan sah la gula putih. Tepung pon sah la tepung biasa. 

Yang Anis Insyirah dapat melalui susu, macam-macam lagi. Semua mommy makan. Sedap sangat. Makan memang tak ingat anak. Oh mommy!!!

Malam pula mommy suap puding jagung. Ni memang tak patut. Banyak sangat dah Anis makan hari ni. Di tambah lagi gula dan sebagainya. 

Luaran Anis Insyirah nampak totally dah baik ekzema. Hakikat sebenarnya kami sekeluaga mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu diet alkali.

Bertahun-tahun makan apa pon tak ada masalah. Namun segalanya berubah apabila Anis Insyirah kena ekzema. Bukan mommy ja sanggup berubah, daddy pon sanggup berubah demi anak. Bagus daddyG sentiasa support mommy. DaddyG tak akan makan apa yang mommy Irra tak leh makan. Kecuali sosej. Hahaha feveret daddyG yang satu itu tak dapat di ubah.

Walaupun Anis Insyirah dah tinggal 10% alergik, kami masih mengamalkan makan beras rebus, gula organik, ayam kampung organik, kambing, ikan tak gatal, garam bukit himalaya pink, minyak zaitun, telur ayam kampung. Sebabnya mommy dah tahu apa yang ada dalam makanan yang lain tu. Banyak buruk dan bahaya. Jadi alangkah bagusnya kami mampu mengamalkan diet yang sihat.

Sekali-sekala mommy Irra dan DaddyG nak makan jugak makanan di luar. Anis Insyirah jugak perlu mencuba makanan lain untuk menguji ketahanan antibodi badannya. Jika respon adalah negatif seperti naik ruam-ruam merah dan kegatalan, bulan depan pula kita bagi lagi Anis Insyirah cuba. Jika naik ruam sahaja tanpa gatal, maknanya Anis Insyirah boleh makan tapi tunggu lah minggu seterusnya baru perkenalkan semula. Jika tiada respon, maka Anis Insyirah tiada alergik pada makanan tersebut.  

Respon daripada makanan semalam. Merah dan gatal. Apa makanan yang menjadi punca gatal pon tak tahu., sebab banyak makanan yang masuk ke perut. 


Pipi kanan dan kiri naik ruam.


Belakang badan penuh ruam halus-halus.


Malam pon tak hilang lagi.


Rasa bersalah pulak mommy bagi makan macam-macam.


Bangun tidur jam 12, kegatalan. Merah digaru.


1:30 pagi. Gatal-gatal lagi. Huhu


Kesian Anis Insyirah. Dipilih untuk melalui semua ini sejak bayi. Kesian juga emaknya. Hehehe. Mommy pon dipilih untuk melalui semua ini. Supaya mommy tau RACUN.. Makanan yang sedap tu semua tak sihat.. Tapi kita dimomokkan dengan iklan. Iklan MSG (monosodium glutamat) aka ajinamoto pon ada di kaca TV. Di mana nak muncul kesedaran di kalangan rakyat kalau media gah mempromosikan kehebatan makanan-makanan yang tak sihat itu?

#prayforAnisInsyirah
#prayforMH17
#prayforGaza

9 comments:

  1. alolo ciannye anis.. gatal2 ye.. makin merah plak pipi gambar last tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia garu aniss. tapi dah kurang rini. dah xgatal. ada merah2 sikit2 je lagi

      Delete
  2. sm cm ank2 ida kak..sbb mnyusu bdn ida kena pantang mkn seafood skit..smapi 1 thun juga ms ank sulung tudulu ms ank sulung .tumkn je nestum instant tu utk umur 6bulan.hbs naik merah2..pipi die smpai berkudis..cian sgt.g jmpe doc bg ubt sapu alhamdullilah dh ok..ubat die nama ezenide lotion jenama HOE..alhamdullilah la slps 2 thun bg susu lmbu, xde pe2.ank kedua pun sm ekzema tp xteruk sgt cm abg die..ida mkn supplement shaklee.ok..

    ReplyDelete
  3. alahaiiii siannyeeee...sedangkan yg dh besau nie pun xsanggup kalau ekzema dtg menyerang..inikan pulak baby..get well soon..

    ReplyDelete
  4. puteri lilin ni... kesian dia kena rashes... mmg kena berpantang ni...

    ReplyDelete
  5. alooo... siannya Anis Insyirah. ;((

    cepat-cepatlah ruam tu berkurang ye baby Anis :)

    ReplyDelete