Diet Alkali | Khasiat Beras Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang Irra sekeluarga mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dengan Diet Alkali. Irra tanpa jemu akan meminta anda semua mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Setiap penerangan Irra berikan sebab kenapa dan mengapa anda perlu bertukar. 
Beras rebus Bombei
Puan-puan sila tukar. Tuan-tuan sila bagitau isteri-isteri untuk bertukar.
Tukar Gula kepada => Gula Organik
Tukar Garam kepada => Garam Bukit kaler pink
Tukar Ayam biasa kepada=> Ayam Kampung Organik

Hari ini, mommy masuk bab beras. Tukar beras biasa kepada beras rebus

Bagaimana rupa dan rasa beras rebus?
Saiznya lebih pendek. Kemetot-kemetot ja. Hahaa.. DaddyG kata rasa macam nasi ayam. Bila mommy google2 ada la yang kata tak sedap. Alhamdulillah, penerimaan daddyG sangat baik. Maka sejak itu kami terus bertukar kepada beras rebus Bombei. Harga: Giant RM20.90

Beras rebus tidak melalui proses pengilatan. Warna nya keperangan. Akan ada bau yang agak kuat semasa menanak. Mungkin ada yang tidak menyukai rasa beras rebus ini boleh la masukkan sehelai daun pandan. 

Untuk kesihatan yang lebih lebih baik, masukkan beberapa biji halba. DaddyG tak suka halba. Jadi masa menghidang tu, ketepikan halba. So daddyG tak tahu mommy masukkan halba. :D
Kenapa perlu makan beras rebus? Sebab beras rebus mempunyai banyak khasiat. 88% zat nya masih kekal berbanding beras biasa.

Berikut merupakan khasiat beras rebus
1. Kurangnya kanji yang mana bagus untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan anda.
2. Bila sudah kurang kanji@gula, maknanya anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan ideal.
3. Boleh mengurangkan kolestrol dalam badan. Boleh diet guna beras ni.
4. Mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat.
5. Mengandungi Mineral Magnese yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan.
6. Menjaga jantung dan darah tinggi.
7. Kalsium lebih tinggi berbanding beras putih.
8. Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser.


Dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dengan diet alkali, anda tak perlukan supplement tambahan lagi. Badan sihat, kurus dan cantik! Jom bertukar! 


Mommy Irra,
2/7/2014

14 comments:

  1. Assalam..

    ayam organik senang ker nak cari ekk..?
    saya dok Bangi/Putrajaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm sis boleh google cari..reseller azzain satu malaysia dah ada rasanya..

      Delete
  2. Replies
    1. Bombei ok harga 5kg rm20.90 kat giant
      Ada jenama faiza 5kg rm50++
      Irra amik yg mampu milik :D

      Delete
  3. Lebih mencegah dari mengubati kan Irra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula..susah la jumpa org sakit klu semua amalkan pemakanan sihat...hihi

      Delete
  4. buat masa ni sy pakai garam bukit je.. yg organik belum cuba.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpa, pelan2.. Garam bukit kaler pink tu pon dh ada 84unsur mineral yg diperlukan badan...pasni try gula organik ke,.hihi

      Delete
  5. Info yang bagus ni ..kena godek2 lagi untuk tahu lebih lanjut ..Thanks sudi berkongsi info

    ReplyDelete
  6. lela bab diet ni mmg kelaut. hangat2 taik ayam je .

    ReplyDelete
  7. irra,thnks sgt for info..sgt membantu

    ReplyDelete
  8. wah..bagus utk KG yg mmg nak diet ni mommy. tapi tmpt KG ni belum pernah KG nampak beras jenis ni

    ReplyDelete
  9. Kita dah start makan beras ni since tahun lepas!

    ReplyDelete