Aplikasi #5 | The Sims 2 Ultimate Collection Percuma dari EA



Siapa-siapa di sini pernah main game The Sims 2? daddyG dolu-dolu pon main game the Sims... hahaah.

The Sims yang original dikeluarkan oleh Electronic Arts (EA) pada tahun 2000 kalu tak silap. The Sims 2 ni kluar pada tahun 2004. Pada tahun 2009, keluar The Sims 3. Hujung tahun ni mungkin keluar The Sims 4.

Bagi sesiapa yang tak penah main game ni,  The Sims 2 adalah life simulation video games yang mana kita akan kawal beberapa characters; kita akan kawal aktiviti dia, kerjaya dia, hubungan dia dgn character sim yang lain, bantu dia capai life goals, dan macam-macam lagi.

Yang best nya Sim ni tidak statik. Maksudnya mereka juga akan meningkat remaja, tua dan akan mati. Sim perempuan akan melahirkan anak bila sampai masanya dan kita boleh bagi nama kepada baby Sim semasa dia dilahirkan. Yang best nya juga, personaliti dan penampilan baby Sim ini akan dipengaruhi oleh genetik ibu bapa mereka a.k.a Sim lelaki dan Sim Perempuan. 

Create a Sim.
Sim perempuan yang sedang mengandung.
Toddler Sim yang nyenyak tido dalam crib.
The Sims 2 ni ada 8 Expansion Packs. Expansion pack ni kiranya features dan items tambahan kepada base game.
  1. University
  2. Nightlife
  3. Open for Business
  4. Pets
  5. Seasons
  6. Bon Voyage
  7. FreeTime
  8. Apartment Life

The Sims 2 juga ada 9 Stuff Packs. Stuff pack ni pula adalah penambahan barang-barang baru yang boleh di guna kan dalam base game.
  1. Family Fun Stuff
  2. Glamour Life Stuff
  3. Happy Holiday Stuff
  4. Celebration! Stuff
  5. H&M Fashion Stuff
  6. Teen Style Stuff
  7. Kitchen & Bath Interior Design Stuff
  8. IKEA Home Stuff
  9. Mansion & Garden Stuff

Pada minggu lepas, EA mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan apa-apa lagi updates atau patches bagi The Sims 2. Iya la, game ni dikeluarkan pada tahun 2004. Dah 1 dekad pon usia The Sims 2 ni. Tambahan pula pada hujung tahun ni EA akan me-release-kan The Sims 4.

Jadi semalam mereka offer muat-turun percuma The Sims 2 Ultimate Collection. Ultimate Collection ni maksudnya bersekali dengan 8 expansion packs dan 9 stuff packs yang disenarai di atas! Offer ini akan berakhir pada 31/07/2014. Download segera sementara stok masih ada :P

Di bawah ini mommy Irra tunjukkan cara-cara untuk muat-turun The Sims 2 Ultimate Collection:
  1. Mula-mula muat-turun dan pasang Origin pada PC anada. Ini memang perlu install Origin kerana The Sims 2 Ultimate Collection hanya boleh di muat-turun melalui Origin.
  2. Create Akaun Origin percuma untuk memuat-turun game.
  3. Lauch Origin app dan log masuk ke akaun yang di create tadi.
  4. Pada tab 'Games' di Origin menu, pilih 'Redeem Product Code' dan masukkan kod berikut I-LOVE-THE-SIMS
Jika anda penah daftar sebagai Origin member sebelum ini, anda boleh buat proses penebusan/redeem secara online di sini. Walau bagaimana pun, anda perlu install Origin pada PC untuk memuat-turun dan play game ini.


Perlu di ingat total size muat turun The Sims 2 Ultimate Collection adalah 13 GB! Sesiapa yang pakai Unifi sedap la mendownload. Tarikh akhir penebusan adalah sehingga 31/07/2014 10 pagi PDT bersamaan dengan 01/08/2014 1 pagi waktu Malaysia.


10 comments:

  1. ira... sy suka game ni.. tahun 2000 dulu mmg kegilaanlah.. member gi ciplak mana tak tau.. pastu sy download... main dikala bosan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time bosan layan game mmg syok la...hehe tapi skrg dah xdan nak bosan...bz jer rasa...pk idea nk post entry.. ;-)

      Delete
    2. Hebat dah sekarang irrayyan. Rank Alexa pun semakin maju

      Delete
  2. Klau akak layan games ni mmg x jadi keje lah cik irra oi heeee

    ReplyDelete
  3. Memang best main game ni. tapi letih la nak kena selalu tengokkan. Saya lebih suka game lawan, perang, Need 4 Speed dan lain-lain game strategi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki mmg ler... kita irg lyn ni pun boleh hidup... hihi

      Delete
  4. sy xmain pun sims nih..tp pnh tgk adik main

    ReplyDelete