Tesco | Register Online Earn 100 Clubcard Points



Alkisah semalam ke tesco beli barang dapur. Ya Allah! Punya ramai orang, dapat parking hujung sekali. Trolley pon habis. Promosi habis-habisan menyambut Ramadhan. Semua barang murah. Dan kebanyakan barang dah kehabisan stok. 

Dah settle beli barang, kena menunggu turn membayar. Panjang bukan main barisan. DaddyG bawa Adam Rayyan jalan-jalan, mommy beratur dengan Anis Insyirah.


DaddyG pesan suh register tesco card online. Dapat 100 point free. Sebenarnya 100 point tu bersamaan rm1. "Satu ringgit je kot", itu ayat yang keluar dari mulut mommy. Bila dah sampai rumah, terus login www.tesco.com.my

Isi form.
Siap.

Seharian hari ni berfikir. RM1 nampak nombor kecil. Hakikat sebenar nilainya adalah sangat besar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerja keras untuk memilikinya. 

Bersyukur dengan rezeki yang ada. Walaupon RM1 sahaja. Tak baik la mommy ni kan, first respon dah macam tu. Bukan senang orang nak memberi. 

Terima kasih Tesco beri 100 point percuma. So far mommy dah dapat voucher bernilai RM66.50. 

Pengajaran: berfikir dahulu sebelum berkata
Kan dah susah hati bila bicara yang tergelincir dari bibir sendiri itu sebenarnya tak elok telinga sendiri mendengarnya.


Mommy Irra,
28/6/2013

11 comments:

  1. Jarang sangat pegi Tesco.
    slalunye Giant, family store, the store - nearby house je ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irra pegi giant gak...klu beras, kat giant rm20.90. Kat Tesco rm25.90. Pampers kat tesco murah..

      Delete
    2. Ada barang lagi murah. Ada yg lagi mahal. Klu roti gardenia kat speedmart murah dr harga biasa.

      Delete
  2. saya pergi pasar borong seri kembangan terus hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irra g pasar seksyen 6 beli ikan je. Sbb nak ikan segar. Pegi azzain seksyen 15 beli ayam kampung organik..barang dapur beli kat tesco/giant..borong barang dapur kat seksyen6 tu mahal kot..klu nak murah g pasar borong meru..penah g masa buat majlis besday adam rayyan...borong banyak2 memang murah..hihi

      Delete
    2. barang basah mmg best beli kat pasar borong...

      Delete
  3. Perkongsian yang baik. Ramai yang tak sedar boleh berjimat.
    aRz selalu gi giant dapat 10% diskaun.
    Daddy G dari dulu suka selipar hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat daddyG sampai tahap melampau...arz, ko tau selama dia kawen, segala perbelanjaan dia catit..masuk sistem...dr 2011 smpi skrg...

      Delete
  4. takpe. rm1 tu nampak sikit je tapi lama-lama nanti jadi banyak juga. bila bersyukur, ALLAH mesti akan kurniakan kita sesuatu nikmat yang DIA je tahu.

    semalam pergi Alam Sentral pun bukan main sesak lagi. nasib baik tak berlanggar-langgar. hehe

    ReplyDelete