Ramadhan | Minuman Berbuka Puasa | Delima

Puasa day 1: 
Menu berbuka hari ni nasi putih dan gulai ayam kampung organik. Mommy kan orang kedah. Gulai tu kari. Pencuci mulut: buah tembikai. Kurma wajib lah. Minuman: Air delima

Nak cerita pasal air delima ni. Mommy guna pati delima Gulsan. Beli kat Mahnaz Food. RM12. Boleh amalkan telan macam tu saja. Rasa masam manis. Atau dibuat air. Bagus ni amalkan pati delima.


Rasa air delima macam blackcurrent. Sedap dan yang penting sihat! 

Jom tengok khasiat pati delima!

1. Membaik pulih fungsi hati dan limpa.

2. Mencuci buah pinggang dan salur kencing

3. Membantu penghadaman.

4. Membuang lemak-lemak berlebihan.

5. Menambah tenaga.

6. Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.

7. Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.

8. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.

9. Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.

10. Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.

11. Mencantikkan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi

12. Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.

13. Menghalang pembentukan sel barah payu dara. 

14. Menghapuskan masalah cacing pada kanak-kanak

15. Mengatasi masalah kemandulan

16. Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

17. Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

18. Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

19. Membantu mengurangkan batuk dan lelah

Banyak sungguh khasiat delima ni...so boleh la minum air delima setiap kali berbuka :)
atau minum sesudu sebelum tidur dan semasa sahur.
Sapa taknak awek muda kan??hihi pakej cantik, kurus dan sihat. Jom! :D

14 comments:

  1. Memang pernah dengar mengenai jus delima. Tapi belum amalkan. nak kena cuba jugak lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat luar rm15. Klu dtg shah alam. Kena pegi mahnaz tu. Mmg murah2. Harga borong. Nak niaga pon boleh. Hihi

      Delete
    2. tu peluang irrayyan meniaga tu.

      Delete
  2. sy dulu biasa minum... masamnya haha.. buat air lg ok rasanya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...masam yakmat..better buat air...sedap mcm blackcurrent

      Delete
  3. Assalam..minum jugak pati delima tu..mmg elok... makanan sunnah kan... btw, selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...ye betull..makanan sunnah...selamat berpuasa...

      Delete
  4. memang dok minum jugak pati delima ni. selalu minum time pagi2.. sekarang bulan Ramadhan tukar minum sebelum tidur pulak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. good. amal sunnah nabi. ros minum pati saja eh?

      Delete
  5. Mmg menjadi minuman berbuka kami.. mmg baguslah & klu waktu berpuasa pun masih bertenaga. Tidak terlalu lemah badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la...lepas ni bancuh ngan gula organik. lagi dapat khasiat banyak :)

      Delete
  6. Alhamdulillah delima maknan sunnah ..Kak Lya biasanya beli buah delima makan untuk anak2 jugak ... Sesekali beli jugak ynag jus ,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buahnya mahal kan skrg...pernah beli sebiji rm12..sebab teringin punya pasal...harga tolak ketepi...

      Delete
  7. boleh cuba nihh.utk diri sendiri dan anak2..harga pun mcm ok..xmahal sgt yer irra

    ReplyDelete