Pantai Kuala Abang

Salam, selamat pagi Malaysia. Pagi ni semua bangun awal. Excited nak main kat Pantai Kuala Abang. Daddy dah bagitau awal-awal. Lepas habis kenduri kita pergi Kuala Abang. And then mommy mula berangan dan merencanakan aktiviti. Hahaha rencana lah sangat kan? 

Antara aktiviti:
-ambil koordinat tempat menginap: Merantau Inn 
-ambil koordinat tempat lepak(wahhhh lepak tu): Pantai Kuala Abang
-ambil gambar (wajibbbb)
-mandi puas-puas
-main pasir puas-puas

Ok jom! Selamat menjamu mata menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Subhanallah. Cantik sangat. Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu. 




Inilah lokasi pantai tempat kami bawa anak-anak daripada Google Maps ( 4.827373, 103.416989 ). 



Panorama di Pantai Kuala Abang di waktu petang.


Awal pagi terus siap-siap nak jumpa pantai, ombak. Selfie dulu depan bilik. Happy face! Jom jom kita tgk pantai anak-anak. Bangun bangun bangun. Tak bangun jugak, so angkut semua naik kereta.


Kesian adik kena gigit nyamuk di pipi 1. Dahi 1. Telinga 1. Mommy lah orang paling sedih bila tengok muka anak di calari. Kenapa lah kau pilih anak aku nyamuk?!! 


Kami keluar pagi tu cari kedai nak tapau breakfast. Sampai ke kawasan nelayan naik. Pastu tanya sorang pakcik yang tengah duduk menikmati angin pagi. Baik pakcik ni bagitau kedai makan depan tu. Katanya sedap makanan di situ. Terus pegi tapau. Tak tanya pulak apa nama tempat ni. Melayan anak baru bangun tidur, tak sempat nak tengok mana-mana signboard. Daddy main redah jer. Kalau di tanya dia akan jawab "tak tahu". Haha

Mommy nampak kedai runcit kat sebelah sana. Mintak izin daddy nak beli selipar. Haaa apa cerita?? Mommy singgah toilet semalam ni, hanya angkut kaki saja masuk kereta. Sandal tinggal kat sana. Sampai chalet semalam menggagau cari sandal tak ada. Maka nya pinjam selipar kat staff chalet. Clumsy mommy!

Lepas tu pergi tempat lepak. Atas batu di Pantai Kuala Abang. Baru jam 8 pagi, matahari sudah menunjukkan taringnya. Eh ada taring ka?? Good mommy and good daddy. Mencari port yang sangat sesuai. Natural. Siap boleh berselindung dari panas matahari. Nyaman sekali. Apa lagi, snap snap snap.


Ambil la gambar dari view mana sekalipon. Semua nampak cantik. Cantik sangat. Suka. 


Airnya jernih sehingga nampak kelibat ikan berenang. Ikan lalu dekat kaki kita saja. Tu yang buat Adam Rayyan "takut fish". Kecik jela ikan tu sayang. 


Hehehe mommy buli adik. Rancangan ini datang tiba-tiba apabila mommy sentuh pasir. Terus mommy korek pasir tu dan masukkan Anis Insyirah. Pasir ni bersih sangat. Sebenarnya adik tak nangis pon. Dia layan je apa mommy buat. Dia mula nangis bila mommy bangun nak amik handphone. 


Niat sebenar ini lah. Nak mandikan adik dengan air laut. Buat ubat ekzema. Alhamdulillah, Anis Insyirah semakin bebas ekzema. Terima kasih daddy, bawa jugak kami ke sini. Memang best sangat pantai Kuala Abang ni.  


Ini lah sebab utama kami pilih pantai ada batu. Tak perlu berpanas nak main pasir. Hihihi.. Dapat la main pasir puas-puas tanpa kulit terbakar! :D


Main puas-puas anak. Mommy kasi chance. Tengok Adam Rayyan tu. Budak-budak tak tahu apa itu panas dan kulit terbakar. Tapi ok la. Panas pagi ni vitamin D. Dengan Adam Rayyan yang "putih", tak terkesan kot bila terbakar. Hahahaaa


I love this place. Sangat cantik. Bersih. Selesa. Menenangkan. Pantai Kuala Abang dalam ingatan. 


2 jam mandi & main pasir, kami pulang ke chalet. Rehat kejap pastu keluar makan. Singgah semula kat tempat tadi sebab tercicir ubat anis. Mommy pegi je tempat main pasir tadi terus jumpa ubat adik. Alhamdulillah. 


Tengahari pon gamble cari kedai makan. Jalan-jalan dengan kereta di persisiran pantai. Pantai sebelah UiTM ombaknya kuat. Kami menikmati angin laut dengan sotong celup tepung kat Medan Selera Pantai Teluk Lipat. Sedap sangat.


Sudah makan singgah tepi pantai lagi. Pantai sebelah sini ombaknya kuat. Tak boleh mandi. Anginnya pon sangat kuat. Sampai pokok-pokok berlagu. Lagu apa? Yang tu kena datang sendiri dan dengar. :)


Lepas tu kami balik chalet tukar baju & ke pantai semula. Pantai Kuala Abang, pantai yang sama tapi di sebalik batu pula. Petang pukul 5 tak ada matahari. Memang best layan anak-anak main pasir dan mandi. Eh mommy yg over ke? Hehee


Daddy suruh buat castle. Adoiii susah la daddyyyyy.. Mommy just korek pasir untuk timbus daddy dalam tu. Get ready ya daddy! 


Mandi lagi. Ditepuk-tepuk air masin masuk mulut. 


Nampak tak sibaju merah atas tu? Daddy naik atas tu.


View Pantai Kuala Abang dari atas batu - taken by daddy.


Sebelum balik, last activity, timbus daddy. Heheheee..muka daddy wajib blurr


Bersemadi daddy Man di Pantai Kuala Abang :P


Main pasir lagi. Main sampai puas. Main sampai penat. Pastu kita balik.


Ini bilik kami menginap. Selesa sangat. Merantau Inn di Kuala Abang. Kami sampai je kawasan Kuala Abang, terus masuk ke chalet ini. Memang gamble habis. Rezeki ada bilik untuk kami.  


Terima kasih daddy bawa kami anak beranak bercuti di Pantai Kuala Abang, Terengganu. Satu hari yang padat dengan aktiviti di pantai pagi dan petang. Nanti bawa lagi eh? Hihi


Mommy Irra,
5/6/2014

11 comments:

  1. memang cantik la pantai kuala abang...dah jadi tempat persinggahan kitorg time balik kampung... boleh share tgk kat blog kitorg pantai kuala abang... http://rozitalib.blogspot.com/2014/04/kenangan-manis-di-pantai-kuala-abang.html dan http://rozitalib.blogspot.com/2013/11/indahnya-di-pantai-kuala-abang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak singgah lagi...hihi teringat ingat ke pantai

      Delete
  2. yg part tanam dalam pasir tu sgt comel... haha boleh dia menangis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...nangis2 pon dia layan ja apa mommy buat...abang ja nanak(taknak)

      Delete
  3. mmg best la bersantai ditepi pantai dgn anak beranak.
    blom pernah sampai lagi ke ini..
    merantau inn pom nmpak slesa kan..

    ReplyDelete
  4. mmg cantik pantai ni, nak ke sini gak la..huhu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam ukhwah.Boleh la nanti saya dan keluarga bercuti di sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. و عليكم السلام. Kami pon berangan nk pergi lagi

      Delete
  6. dah cantik...mmg kena gi la...rugi la tak gi...sesuai ajak anak2 mandi situ...tak dalam pun....best...

    ReplyDelete