Ekzema | Throwback Day 141-160

Salam, sambungan throwback anak-anak dari hari 141-160. Setiap anak ada cabaran masing-masing. Namun apa yang menimpa Anis Insyirah suatu yang mengubah kehidupan mommy sekeluarga. Dari penyegan(comel sikit kan word ni..maksudnya tak berapa rajin), menjadi rajin. Dari taktau apa itu ekzema, day by day study dan mengenali ekzema. Kemudian, join group ekzema di facebook. الله! Bukan mommy seorang ja mengalami. Ekzema tidak mengenal usia dan jantina. Bayi. Kanak-kanak. Dewasa. Dan hari demi hari makin ramai yang mengalami ekzema ni. Jom tengok perkembangan anak-anak saya.

Day 141: Adam Rayyan 18/1/2012
Gambar kualiti Nokia 5880



Day 141: Anis Insyirah 14/11/2013

Ekzema day 16
Tangan adik wajib dibedung. Sekiranya tak dibedung adik akan meronta-ronta menjerit kegatalan sambil menonyoh mukanya dengan sarung tangan. Namun adik masih mampu tersenyum. This is good sign. Ekzema tidak mempengaruhi emosi adik.





Day 142: Adam Rayyan 19/1/2012
Sama je kan bulat adik dan abang. 
Semua orang kata muka adik dan abang sama. 
Sama ke?




Day 142: Anis Insyirah 15/11/2013
Ekzema day 17
Masa ni ilmu tak banyak lagi.
Orang suh sapu itu sapu ini. 
Orang suh mommy pantang itu pantang ini.
Doktor kata tak payah pantang. 
Arghh sudah! Makan pon adik gatal. Tak makan pon adik gatal. 
Lepas sapu emolien nampak macam elok sikit.




Day 143: Anis Insyirah 16/11/2013
Ekzema day 18
Senyuman ini buat segala kepenatan hilang :)
Kena tengok 24 jam takmau adik garu. 
Mommy jaga cerah. Daddy jaga teruih merah. Alahaiiii camana nak baik ni.



Day 144: Adam Rayyan 21/1/2012
Kaki dan paha mereka sama saiz :D



Day 144: Anis Insyirah 17/11/2013
Ekzema day 19
Tok bawa mai bedak sejuk+daun cermai.




Day145: Adam Rayyan 22/1/2012
bergambar dengan ibu, abang adli dan kakak Irdina.
Kualiti Nokia 5880


Day 145: Anis Insyirah 18/11/2013
Ekzema day 20
Kesian bambam mommy. 
Bibir seperti kesejukan.
Tapi badan tak tahan panas.




Day 146: Adam Rayyan 23/1/2012
PakNgah Aiman bagi susu.



Day 146: Anis Insyirah 19/11/2013
Ekzema day 21
Satu badan adik flare up.
الله uji tanda الله sayang. 



Day 147: 20/11/2013
Anis Insyirah on vaksin  DTaP/DT(dos 3), HiV(dos 3), IPV(dos 3) <=> cucuk 5bulan
Ekzema day 22
Masa ni berbelah bahagi nak cucuk or tak. Tanya sana sini. Doktor suruh cucuk la. Vaksin tak beri kesan kepada ekzema kata doktor. 
Masa ni mereka yang suruh stop vaksin tak berjaya buat mommy faham kenapa perlu stop vaksin. 
Bab perihal vaccination ni mommy taknak kata setuju atau tidak. Parent bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Sila rujuk kepada yang pakar(bukan doktor lah. Sebab doktor mesti suruh vaksin. Haha. Tapi saya dah jumpa doktor yang tak vaksin anak dia umo 8 dan 10 tahun). Next time bincang lagi bab vaksin. 




Day 148: Anis Insyirah 21/11/2013
Ekzema day 23
Zoom dekat plus lighting. Fuhh bahagian leher adik je tak flare up. Situ lah bahagian paling susah nak di jaga.



Day 149: Adam Rayyan 26/1/2012
Orang selalu tegur, anak besar dari mak. Hihihi genetik sebelah daddy rangka besar dan tinggi. Hokkey la esok besar anak mommy tinggi-tinggi. :D


Day 149: Anis Insyirah 22/11/2013
Ekzema day 24
Pity her.




Day 150: Anis Insyirah 23/11/2013
Ekzema day 25
Merah tu kesan adik garu. 
Bila gatal, mereka tak tahu erti sakit. 
Gatal! Gatal! Gatal! 
Doktor kata ekzema tak ada ubat. Doktor bagi hydrocrtisone untuk mengurangkan merah. Hydrocortisone yang doktor bagi paling mild. 0.01%
Tapi mommy sapu 5hari, satu badan penuh merah-merah. Tak baik pon? Second appoinment dengan dermatologist pon dapat hydrocortisone dan akues cream. 
Waaaa penggunaan steroid tak boleh lama. Tapi doktor ni bagi stok untuk sebulan. Macam mana ni?? Takpe takpe. Mommy dah stop dah penggunaan steroid. 

Study lagi! Akues krim menjadikan ekzema lebih teruk. Maybe sebab tu lah muka adik nampak pucat semacam? Segala macam bermain di fikiran. 



Day 151: Adam Rayyan
Soalan yang selalu diajukan lagi. Adik kena ekzema, abang dia dulu kena tak? Alhamdulillah Adam Rayyan tak kena ekzema. Penyakit seangkatannya pon tak ada. Bila ramai sangat yang bertanya, mommy fikir lagi. Nampak tak sesuatu? Sel-sel otak mommy berfungsi kuat semasa Anis Insyirah kena ekzema. Haha.
Okey. Masa preggy Adam Rayyan, mommy ada kencing manis under diet control. Jadi masa ni pemakanan yang sihat menjadikan baby sihat. Masa Anis Insyirah mommy tak ada kencing manis. So mommy makan melantak pagi petang siang malam. Bila masuk 8bulan dah tak masak dirumah. Makanan kat kedai banyak la perasa seperti MSG dll. Jadi for next baby kena DIET masa preggy ya.  



Day 151: Anis Insyirah 24/11/2013
Ekzema day 26
Bila tengok gambar ni, mommy taknak baby lain mengalami perkara yang sama. Sebab tu jugak mommy bagi tips mencegah semasa kehamilan. Mencegah lebih baik dari mengubati. 




Day 152: Anis Insyirah 25/11/2013
Ekzema day 27
Kesian anak. Tidakku pinta jadi begini. 



Day 153: Anis Insyirah 26/11/2013
Ekzema day 28
Penyelesaian menggaru adalah pakaikan sarung tangan macam ni. Nama sarung tangan ni Scratch No More(SNM). Masih boleh menggaru tapi tak boleh calar. Haha
Adik tak dapat buka benda alah ni sebab dia dah macam baju.



Day 154: Anis Insyirah 27/11/2013

Ekzema day 29
Gambar jauh tak nampak sangat. Bila dekat, الله!




Day 155: Anis Insyirah 28/11/2013
Ekzema day 30
Sebulan dah anis kegatalan. Jari pon flare up jugak :(





Day 156: Anis Insyirah 29/11/2013
Ekzema day 31
;(



Day 157: Adam Rayyan 3/2/2012



Day 157: Anis Insyirah 30/11/2013

Ekzema day 32
Ni mommy geram sangat. Bedung tangan dia. 




Day 158: Anis Insyirah 1/12/2013
Ekzema day 33



Day 160: Anis Insyirah 3/12/2013
Ekzema day 34



Mencegah lebih baik dari mengubati. 
Ikut tips mommy bagi 
1. Tinggalkan kekacang Ekzema #1 
2. Amalkan minum air kelapa muda Ekzema #2
3. >>>>>>Tips lain di next entry :)<<<<<<

Ikuti perkembangan anak-anak mommy Irra
day 1-20
day 21-40
day 41-60
day 61-80
day 81-100
day 101-120
day 121-140


Ceritera irrayyan hari ini. Adik selsema dan batuk lagi. Mommy serabut perut terus contact en nizam. Natural remedy untuk adik. 
1. Madu bidara 2x sehari setengah sudu teh
2. Sapu gel bidara dekat belakang dan dada sehari 5x
3. Luban/manna
4. Air kelapa muda sikit
#prayforanisinsyirah
#getwellsoon #sayang



Pagi pegi pasar. Wahh mahal ikan selar hari ni. Sekilo rm18. 




Mommy Irra,
20/6/2014

8 comments:

  1. kesiannya saya tgk...bila diaorg dah besar nie hilang ekzema tu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sekarang dah baik..cuma kena berjaga-jaga. Baby immune system stabil lepas 2tahun. macam sekarang cuaca panas, dia berpeluh dan jadi ruam2. so mommy risau gak la.

      Delete
  2. eloklah kalau dah makin baik. saya pun ada penyakit kulit lebih kurang juga. tapi psoriasis namanya. haritu stress sangat sampai luka kepala.

    mak kata masa kecil saya ada kena. lepas tu hilang, masa sekolah rendah kena balik. pastu hilang. sekarang kena balik. so, betullah. kena selalu ambil tahu pasal benda ni.

    kalau dulu pergi juga klinik, lama-lama sekarang saya pergi farmasi je tanya pegawai farmasi. sebab diorang lagi arif pasal ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amy, untuk rawatan anis ni memang saya buat rawatan detox(dari dalam ke luar) supaya ekzema tu hilang. kalau guna rawatan suppression(dari luar ke dalam), ekzema tu akan ada dalam badan. dan satu masa lain dia akan serang lagi. kalau keadaan xbernasib baik(badan xboleh terima), ubat tu akan attack organ lain pula...itu apa yang herbalist bagitau saya.

      Delete
    2. semoga amy cepat sembuh ya.

      Delete
  3. Semoga anis cepat sembuh. pendedahan Mommy Irra akan mengubah nasib seangkatan dengan anis supaya ibu-ibu boleh mengambil ubat tradisional seperti air kelapa muda dan sebagainya. Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Aaminn. Semoga anis cepat sembuh.

      Delete
  4. Anak sedara ada gak kena ekzema ni... Tapi bila besar hilang terus. Mmg kesian tgk..

    ReplyDelete