Ekzema | Throwback Day 121-140

Salam, sambungan throwback perkembangan anak-anak tercinta. Cerita bagaimana mommy dan daddy tahu apa itu ekzema.

Day 121:
Masa bawa Anis Insyirah pergi Klinik Kesihatan dua hari lepas, nurse kata ruam susu. Lepas menyusu kena cuci/lap mulut. Macam ni pon dalam kategori ruam susu?? Ruam dah sampai ke bontot. Letak apa benda pon semua tak kena. Hari demi hari ruam semakin teruk dan merebak. Tak nampak usaha ke arah kebaikan kecuali masa sapu cream topikal steroid. Tu pon tak baik terus. Malah semakin teruk. Ruam naik sampai ke dahi. Mommy masa ni tak study betul-betul pasal steroid. Pasal SLS. Pharmacist beri cream steroid. Guna 3hari dan merah-merah kurang. Tapi tak baik terus pon. Hari ke4 mommy stop sapu cream steroid. Doctor beri akues cream. Sapu akues cream apa pon tak jadi. Macam2 ikhtiar. Sapu virgin coconut oil. Semakin kering. Sapu bedak beli kat farmasi untuk ruam pon membuatkan keadaan semakin teruk. Satu yang mommy tak tahu. Ruam yang semakin memburuk adalah ekzema. Ruam yang dirangsang dengan vaksin/steroid/chemical akan menjadi ekzema. 





Day 122: 
Mommy masih lagi bawa Anis Insyirah berjalan. Masa ni ikut acu makan kenduri.



Day 123: 



Day 124: 



Day 125: 
Tengok jela gambar hari-hari yang dilalui oleh Anis Insyirah. Tidak kupinta jadi begini. Siapa nak anak sakit.



Day 126: 
Ekzema day 1
Hari ni mommy pakaikan Anis Insyirah sarung tangan. Sebab adik menggaru sakan sangat. Hari ini pergi farmasi sekali lagi. Doktor buat surat refer ke pakar. Esok kita jumpa pakar ye sayang. Hari ni mommy kira sebagai hari pertama ekzema kerana salah satu ciri-ciri ekzema adalah gatal. Kalau kira ruam saja dari hari pertama lahir lagi. boleh rujuk entry lama:




Day 127: 
Ekzema day 2
Malam tadi Anis Insyirah tidur tak lena. Menangis-nangis. Kegatalan. Mommy jaga jam 5pagi. Terkejut. Rupa anakanda dah lain. Membengkak kerana dia sapu dengan sarung tangan. Tak boleh bayang apa jadi kalau mommy tak pakaikan sarung tangan malam tadi. Terus pergi Hospital Serdang bawa Anis Insyirah jumpa dermatologist. Anis Insyirah disahkan ekzema. Pada hari ini jugaklah seluruh badan Anis Insyirah kering! 




Doktor kata ini atopic ekzema. Mild ekzema. Steroid cream yang diberikan juga adalah yang paling mild. Sesuai untuk baby.  Doktor/Dermatologist bagi akues krim sebagai emolien dan mandian. Sapu setiap sejam. Dan sapu hydrocort sehari 2x. 

Antara pesanan lain:
-tukar cadar/sarung bantal setiap hari
-rumah kena pastikan sentiasa bersih
-mommy tak ingat dah apa doktor pesan. Hahaha boleh? Dah lama kan. 31/10/2013-10/6/2014: lebih kurang 8bulan lebih yang lalu.

Day 128: 
Ekzema day 3
Hari kedua on steroid. Badan Anis Insyirah merah merata. Mommy pula menjadi rajin. Semua cadar dan sarung bantal di tukar setiap hari. Dengan nak kawal supaya Anis Insyirah tidak menggaru. Ekzema mengubah kehidupan! 




Day 129: 
Ekzema day 4
Hari ke3 Anis Insyirah on steroid.



Day 130: 
Ekzema day 5
Hari ke4 Anis Insyirah on steroid.



Day 131:
Ekzema day 6
Hari ke5 Anis Insyirah on steroid. 



Day 132:
Ekzema day 7
Dah lebih 3hari sapu steroid. Semua kulit infected. Kering. Merah. Bengkak. Tak ada unsur nak baik langsung. Hari ini stop sapu hydrocort. Total sapu topikal steroid: <10x



Day 133: 
Ekzema day 8
Allahuakbar! Belum ada lagi ahli keluarga atau saudara mara jauh dan dekat kena ekzema. 



Day 134:
Ekzema day 9


Day 135:
Ekzema day 10


Day 136: 
Ekzema day 11



Day 137: 
Ekzema day 12


Day 138: 
Ekzema day 13
Hari ni guna Daun Sireh. Anis Insyirah masih tersenyum. Mommy tonyoh2 daun sireh, kemudian mandikan dengan air daun sireh. Alhamdulillah, lepas sekali je mandi dengan daun sireh, badan Anis Insyirah yang kering tu terasa lembut. Terima kasih ya الله.    



Day 139:
Ekzema day 14


Day 140:
Ekzema day 15




Ceritera irrayyan hari ini. Pagi hujan. Cuaca redup. Hujan sekejap aje. Tengahari cuaca panas sampai berpeluh. Adam Rayyan dan Anis Insyirah naik ruam panas halus-halus. 



Adam Rayyan membuli adiknya. Mommy dah tak tahu nak buat macam mana supaya Adam Rayyan tak buat macam ni lagi. Dia suka hati tarik dan tolak adik. Mommy laa nak kena alert selalu. 


Malam Adam Rayyan minta nak painting. Mommy bagi satu color sahaja: yellow



Mommy Irra,
10/6/2014

0 comments:

Post a Comment