1. Nama anak : Anis Insyirah Mohd Rafhan
2. Anak Kedua
3. D.O.B : 27 Jun 2013
4. Nama Hospital : Hospital Serdang
5. Pengalaman bersalin:
Pada 26 jun 2013, mommy daddyG dan Adam Rayyan dah baring-barin untuk tidur, tiba-tiba "pop" air ketuban pecah tepat jam 12 tengah malam. 0000 27 Jun 2013 betul-betul tarikh EDD (estimated delivery date). Genap baby 40weeks.
Ini pengalaman anak kedua, mommy daddyG relax ja. Mommy siap-siap barang Adam Rayyan nak hantar kat Acu Nadiah. Barang-barang mommy dan baby dah ada dalam kereta. Hantar Adam Rayyan kat Seksyen 7. Kemudian bergerak ke hospital.
Air ketuban keluar non-stop. Dalam kereta daddyG lapik comforter tebal-tebal. Oi dia sayang kereta dia ooo...comforter boleh hantar dobi..sambil baring sambil sumbat(hahahaa) roti dalam mulut. Kena paksa makan untuk bagi tenaga.
Pengalaman pertama dulu dah buat mommy prepare banyak benda. Sementara tak sakit, makan walaupon tak rasa lapar. Bila dah sakit, apa pon tak boleh layan dah.
Perjalanan dari Shah Alam ke Hospital Serdang dalam 30 minit. Sebab dah malam, cepat je sampai ke bahagian BERSALIN. Lebih kurang pukul1 pagi. Masa ni tak sakit lagi.
Nurse tanya "Awak tinggal kat mana?"
"Shah Alam" aku jawab.
"Kenapa datang sini?" amboi garang pulak nurse ni.
"Last week saya dah admitted kat sini", then nurse tu pon diam.
Last week mommy kena tahan wad sebab cirit birit dah seminggu. Tidur kat hospital 3 malam kot.
Nurse buat VE(vaginal examination), bukaan 2cm. Lepas VE baru mula terasa sakit. Aku pulak asyik rasa nak buang air je. Ulang alik ke bilik air then stop kejap sebab sakit.
Doktor yg on duty malam tu tanya "Kenapa puan?"
"Sakit" aku jawab sambil senyum sebab doktor tu pon senyum-senyum. Doktor manis camni, kita sakit pon boleh tersenyum.
Doc nak suh aku masuk wad. Doc suh duduk dulu. Aku nak duduk pon tak boleh. Sakit. Doc suh baring kat katil tadi. Dah baring nak buang air pulak, turun semula ke bilik air.
Aku fail bab kira contraction. Bila nurse tanya contraction berapa minit? Erkk maaf nurse.. Nurse tu pon, "ok, tak apa puan"
Tiba-tiba rasa dahaga pulak. Aku cakap ngan nurse nak ambil pad ngan husband. Alasan jela kan. Hehee. Nurse tu bagi. Aku pon gagah la badan jalan slow-slow g kat daddyG. Minum air sikit. Pastu amik hp. Haha cilok-cilok bawa masuk hp.
Pastu masuk semula ke dalam, perlahan-lahan. Kali ni nak naik katil pon tak berdaya dah. Nurse lalu kat katil.
"Kenapa awak tak duduk atas katil?"
"Sakit nurse, tak boleh nak naik"
"Awak berdiri macam ni, baby boleh jatuh atas lantai nanti" bebel nurse tu sambil tolong aku naik atas katil. Buat VE lagi sekali, 5cm.
"Nurse, suami saya tak boleh masuk ke?"
"Dalam dewan bersalin nanti kami panggil"
Aku sms husband. "Bukaan dah 5cm".
Nurse tadi kata "Kita masuk dewan bersalin". Aik. Tadi kata bukaan 8cm baru masuk dewan bersalin. Sakit kali ni sakit-sakit aku mampu lagi nak
Nurse-nurse tolak aku ke dewan bersalin. Tak berapa lama husband pon datang. Jam kat dinding pukul 3.55 pagi.
Dalam aku menahan sakit husband tanya "Dulu beranak adam sakit macam ni ke?"
Aku jawab apa eh? Aku ingat soalan tu tapi tak ingat aku jawab apa. Lagi pon tengah sakit kot.
Jarum kat tangan aku ni pulak dah lari. Nampak bengkak. Kalau biar lama boleh bengkak teruk. Ya la ada pengalaman minggu lepas. Masuk air sampai 6 botol.
Aku pon tekan loceng. Nurse yang masuk dua org. Yang sorg cek jarum kat tangan aku. Sorang lagi kata "eh adik jalan dah buka ni"
Hahahaha lawak kan, aku pon tak sedar nak beranak dah. Baru tadi ja 5cm, tup tup dah 10cm. Dok kalut sakit jarum kat tangan. Pastu nurse suh push, daddyG pon dah rupa macam doktor. Sekali push keluar kepala baby, push kedua kali keluar habis semua.
Tepat 4:30 pagi 27 Jun 2013 lahirlah puteri kami. Baby diletakkan atas perutku. Nangis-nangis baby.
"Mommy ada ni sayang, jangan nangis"
Alhamdulillah. Allah permudahkan uruskanku. Kat mulut aku sepanjang sakit terkumat kamit doa nabi Yunus.
Lama jugak la baby atas dada aku. Pastu nurse bawa baby keluar. Husband pon kena keluar.
Settle jahitan, aku rest. Nurse bawa masuk baby.
"Anak pertama awak berat berapa ye?"
"2.88kg"
"Ok, yang ni 3.67kg"
Terkejut aku. Wow. Baby pon pandai menyusu.
Dah settle semua naik wad. Malam tu jugak jam 8 boleh balik rumah.
Semua penghuni dalam bilik tu terkejut. Dah la baby bambam. Terus balik tanpa perlu bermalam.
Begitu lah cerita pengalaman kedua. Sakit lepas bersalin lagi teruk dari sakit masa bersalin. Sebab baby besar, mommy rasa badan mommy dah macam robot. Jalan je sakit. Next baby memang kena diet habis-habisan ok. Tak boleh la baby besar. Sakit badan mak.
Hari ni genap si baby girl 1 tahun. Berat terkini 9kg. Sama dengan berat abang setahun. Happy first born day my princess. Semoga diberi kesihatan yang baik dan jadi anak yg solehah. Mommy daddy abang Adam Rayyan sayang Anis Insyirah.
walaupun nieyl xde anak lagi....but nieyl suka baca pengalaman org bersalin..:)
ReplyDeleteHihi baca n amik sikit2 tips..bagus ada ilmu ni..kak ira anak first teran pon xbetul..asyik kena marah ngan nurse n doktor..pastu tenaga dah habis..push pon xlarat..
Deletehappy besday gegurl..pengalaman terindah..
ReplyDeleteTerima kasih fieda :)
Deletewah comelnya baby ni. salam kak saya follow sini
ReplyDeleteTerima kasih yatt..Salam ukhuwah
DeleteWah! pengalaman yg owesome!!! teruja ..nk sgt ad baby dlm perot tp sy xkawin lg ..hik hik ;-( :)
ReplyDeleteAlynn, kena cepat2 cari calon imam...hehe boleh la ada baby dlm perut pastu :)
DeleteComelnya... happy birthday Anis!!
ReplyDeleteSaya follow sini & salam ukhwah ye.. :)
Terima kasih khir khalid..abah irra pon nama khalid.. Salam ukhuwah
DeleteComel bby..
ReplyDeleteKenangan terindah saat melahirkan :D
Terima kasih myra. Yup saat indah. Hihi
Deletepengalaman yang paling indah bile melahirkan kan.. bestnye.. nak lagi.. berat baby mase lahir hampir same dengan berat baby fifi.. fifi dulu 3.7kg..
ReplyDeleteWaaa baby fifi lagi semangat..anak first ke?
Deletehari ni dah 27 jun.
ReplyDeletehappy birthday anis.
be a good girl :)
Tq nick..semoga anis jadi good girl :)
Deletewoww..comel2nya...nanti uncle singgah bagi duit raya nooo tp xleh bagi banyak sbb uncle pun kuranggg
ReplyDeleteTerima kasih uncle..selamat berpuasa...
Deletewahh. semangatnya anis, berat lagi banyak dari abangnya. ^^, anyways, happy birthday to you. semoga menjadi anak yang berguna satu hari nanti. mudah-mudahan.
ReplyDeleteHihi keluar2 terus besar n nampak matang..aaminn mudah-mudahan..tq amy
DeleteHappy birthday baby... anak saiz besar ni sedap sikit pegang... ada kawan sy tu 4.1kg... dah doc suspect ada diabetic huhu... best kalau ingat balik pengalaman bersalinkan...
ReplyDeletetak larat nak dukung lama2..letak bawah jela..hehe
Deletebeso ni problem dia badan sakit..sbb tulang meregang byk sgt..
kunjung balas Jumaat. salam ukhwah irra..
ReplyDeletesetahun dah dia...geram aunty tengok
terima ksih kunjung sini..salam ukhuwah
Deletehehe...geram sangat...banyak akal bila makin membesar ni
asslmkm.. first time singgah sini.. :)
ReplyDeletebesarnya baby.. debab betul masa lahir.. :)
Wslm...membesar bagai juara..seb baik anak kedua...terima kasih sudi singgah :)
Delete