Hasrat daddy nak sekolahkan anak-anak dengan mommy mereka cuba dijayakan dengan sebaik-baiknya. Walaupun bukan mudah, yang pasti ada kemanisan di sebalik usaha yang murni itu.
Antara aktiviti bersama anakanda tercinta adalah membuat tabung daripada tempurung kelapa. Tempurung kelapa mudah didapati kerana mommy & Anis Insyirah mengamalkan minum air kelapa yang tinggi sifat alkalinya. Biar gambar berbicara. :)
Tempurung kelapa yang dikeringkan kemudian dikesat dengan kertas pasir supaya permukaannya menjadi rata.
Catkan permukaan tempurung. Biarkan kering. (Mommy yang buat ke Adam Rayyan yang buat nie? Hahaha both!)
Taraaaa!!!! Walaupun tak secantik mana, ia adalah seni dan mempunyai sentimental value. Masa berharga bersama anakanda.
Ceritera irrayyan hari ini. Gambar anakanda untuk hari ini. Oh sebelum tu mommy belek2 gambar lama. Collagekan gambar Adam Rayyan. Comel :P
Mommy Irra,
23/5/2014
menarik tu. tanamkan suka menabung dari kecik.
ReplyDeletebetul betul betul
Delete