Ekzema | Kerana Pistachio

Salam, kerana mommy makan pistachio banyak sangat. Anis Insyirah yang menanggung kegatalan. Akibatnya bangun pagi kelopak mata Anis Insyirah melecet. 17hari bebas gatal, hari ni kegatalan KERANA PISTACHIO.


Tak nampak kesan melecet apabila Anis Insyirah muka mata. 


Kenapa histamine menyerang mata dahulu? Sedar tak mommy semua anak anda akan menggosok mata apabila mengantuk? Menggosok mata tanda bayi anda mengantuk. :)


Apabila Anis Insyirah tidur baru nampak kesan melecet sudah kering. 

Kenapa Pistachio trigger gatal? Orang pertama yang saya akan rujuk adalah En Nizam. jawapan En Nizam mungkin ada aflatoksin oleh kulat. Mungkin GMO juga. Then mommy pon mula lah study apa makanan yang boleh tercemar dengan aflatoksin.

Aflatoksin boleh hadir dalam pelbagai komoditi makanan, khususnya bijirin, rempah dan kacang pokok. Jagung, kacang tanah (kacang), pistachios, brazils, cili, lada hitam, buah-buahan kering dan pokok ara semua dikenali sebagai makanan berisiko tinggi untuk aflatoksin, tetapi toksin juga telah dapat dikesan dalam banyak komoditi lain. Susu, keju dan lain-lain produk tenusu berisiko pencemaran aflatoksin M. Tahap tertinggi biasanya ditemui dalam komoditi dari kawasan-kawasan panas di dunia di mana terdapat banyak variasi iklim. 

Ia adalah penting untuk menyedari bahawa, walaupun ia adalah komoditi makanan utama yang biasanya menjadi tercemar dengan aflatoksin oleh pertumbuhan kulat, toksin ini adalah sangat stabil dan boleh melalui proses agak teruk. Atas sebab ini mereka boleh menjadi masalah dalam makanan yang diproses, seperti mentega kacang.

Sumber: http://www.foodsafetywatch.org/factsheets/aflatoxins/

Sebab itu lah kekacang sangat sangat sangat tak boleh makan oleh baby ekzema dan ibu menyusu. 

Ceritera irrayyan hari ini. Mommy busy packing barang nak balik kampung. Anak-anak dengan agenda masing-masing. Adam Rayyan dengan Iron Man. Anis Insyirah dengan Mawa Kawa. Pukul 12 tengahari daddy balik bawa kami ke Maybank. Tukar kad MBB mommy. Kad lama dah nak expired. Sebenarnya kad lama tu dah rosak, dikerjakan Adam Rayyan dan kebetulan nak expired dah. Nasib mommy sangat baik. 




Mommy Irra,
28/5/2014

0 comments:

Post a Comment