Ekzema ⇔ Eczema

Salam. Hari ni mommy nak kongsi pasal ekzema. Apa itu ekzema? Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih apabila immune system mereka stabil. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 
Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1045604/ekzema-dan-kanak-kanak#section1

Apa yang dapat mommy simpulkan mengenai ekzema adalah seperti dalam gambar di bawah.


Semua dalam senarai di atas dialami oleh Anis Insyirah. Ekzema adalah pengalaman ngeri buat mommy. Bagaimanakah untuk memastikan anak seterusnya tidak mengalami ekzema? Dan permulaan ekzema adalah ruam biasa sahaja. Apakah yang menyebabkan ruam menjadi ekzema? Banyak persoalan perlu dirungkai..kita tinggalkan dulu ekzema. Jom menenangkan fikiran di hujung minggu. Ceritera Irrayyan.


Yeay! Nak g jalan!


Peace! Snap pic dulu :)


Tak habis-habis gambar. Mommy suka ambil gambar & bergambar! Thanks daddy melayan minat mommy yg satu ni.

Hari ini hari Ahad.. Masa untuk daddy bersama anak-anak. Hari ini kami melawat shark, pelbagai jenis ikan dan hidupan air di Akuaria, KLCC. Kali pertama mommy sentuh gamat. Seperti sponge. 
Dari rumah, Adam Rayyan sangat teruja hendak melawat "fish".. Namun sebaliknya berlaku apabila melihat ikan-ikan yang besar. Adam Rayyan sangat takut. Jom layan gambar-gambar di Akuaria KLCC. 


Sebelum masuk sambil menanti daddy membeli tiket.


Masa ni Adam Rayyan dah mula takut. Hihihi pujuk jugak la amik gambar dgn "fish".


Shark ni pon menangis-nangis Adam Rayyan. Ok xpela. Mommy je posing.


Waaaa teruja sangat dapat tengok Shark.


Sotong kurita.


Gambar ni tuk kenang-kenangan abang dan adik di Akuaria KLCC. Adik baru bangun tidur. Abang dengan muka sweet. Hehehee. Dah siap gambar ni, kami pon balik Shah Alam.

Makan pulak kami malam bersama Efi & Dilla. Masing-masing asyik bersembang sampai lupa nak bergambar. Ada gambar Anis Insyirah je. 



Happy baby girl! We love you! 195 hari ekzema. Let it go! Let it go! Mommy masih mengamalkan alkali diet. Caiyok caiyok!


Mommy Irra
11/5/2014

1 comment: