Bermula dengan ruam

Salam. Hari ni ekzema Anis Insyirah yang ke 199hari. Mommy kira ekzema dari hari pertama Anis Insyirah gatal-gatal. Sebelum Anis Insyirah kena ekzema, mommy tak pernah ambil tahu langsung pasal ekzema. Mommy ni dah la penakut. Tengok baby dengan muka luka-luka, mommy memang tak tengok lah. Namun segalanya berubah apabila hari-hari mommy terpaksa mengadap anak sendiri mengalaminya. 

Ekzema Anis Insyirah hanya bermula dengan ruam biasa. Bila mommy tengok kembali gambar2 Anis Insyirah dari hari pertama, ruam penuh muka dah ada. Tapi mommy relax ja.. Sapu bedak sejuk... Sebab berpantang dengan mak di kampung jugak ni. Kalau seorang diri mesti mommy dah ajak daddy pergi klinik. 20hari pertama baby mandi dgn air kosong je tanpa sabun.(bagus petua ni rupanya)

Alkisah bermula bila dah balik shah alam. Sebenarnya mommy penat pantang xhabis, xsempat relax dah dapat sakit mata. Sakit sampai terjejas penglihatan. Sebulan la mommy tengok semua benda bergerak2. Dahsyat sakit mata ni. 
Pastu anis pulak naik ruam. Mommy pon tak fikir panjang sama ni. Konon nak anak pipi gebu semula. Mommy pergi cari krim di farmasi. Mommy dapat krim steroid kelas ke3... Steroid kuat yg tak boleh sapu kat baby. Apatah lagi di sapu pada pipi. Mommy sapu 3hari saja. Dari ruam sebesar 5sen di bawah dagu, ruam tu makin merebak ke pipi kiri dan kemudian ke pipi kanan. Pada masa yg sama Anis Insyirah suka main air liur. Tanggapan mommy ruam tu merebak melalui air liur..3minggu ruam on off dan semakin teruk. 

Mommy taktau steroid adalah trigger ekzema. Sekarang mommy dah tau macam2 yang trigger ekzema. Malam ni nak cakap pasal steroid saja. Ibu-ibu bapa-bapa sekiranya bayi anda ada ruam, tolong lah jangan cuak. Jangan jadi macam mommy. Tak perlu sapu apa2 krim steroid/drug.. Hanya sapu bedak sejuk. Bukan bedak talcum. Bedak sejuk bersifat detox. Haa orang kata baby ekzema tak boleh kering. Daripada pemahaman mommy, kering is proses. So let it be. Come and go naturally. Ruam tu akan hilang.

Ruam menjadi ekzema kerana kita merangsang ruam tersebut. Salah satu rangsangan ialah stress. Seperti mommy. Mommy stress dan pergi ke farmasi. Tanpa merujuk kepada doktor dan study more about steroid, hanya nak muka anak baik(actually nak pipi gebu semula), mommy tenyeh je ubat sapu tu. 

See, stress boleh buat timbulnya pelbagai masalah. Mommy yg stress juga akan transfer toksik ke baby melalui susu ibu. So pertama sekali apabila anak anda kena ruam, jangan stress. Kedua, usaha: sapu bedak sejuk. Ketiga, doa: semoga anak cepat sembuh. Keempat, tawakkal: insyaAllah akan sembuh dengan izinNya. 

Perkara-perkara lain yang merangsang ekzema, mommy akan bincang kat next entry. Satu lagi perkara yang akan dibangkitkan ialah kenapa steroid merangsang ekzema. 

Ceritera Irrayyan. Hari ni gigi Anis Insyirah yg ke4 muncul...mommy ingat ritu keluar sekali gigi ke 3 & 4..rupanya salah...
308days gigi ke3
323days gigi ke4
Tu yang poyek(merengek) je tu.. Alhamdulillah anak teruna & anak dara mommy tak ada demam sebab gigi nak keluar ni.



Big boy! Nangis sebab kena marah. 



Big girl! Comel! Sikit g adik nak baik dah!


Memanjat aje. Good! Sila rajin-rajin lagi.



Manja rini. Pasai apa xtau la. Seb baek adik mood ok sgt. 



Mommy Irra
15/5/2014

0 comments:

Post a Comment