Hari Sabtu lepas, 27 Disember 2014 mommy ada appoinment untuk second MGTT di Klinik Dunia Medik. MGTT yang pertama dah buat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Shah Alam. Lepas tu mommy dah tak pergi buat pemeriksaan di klinik kerajaan kerana kekangan masa daddyG.
Masa temujanji itu la daddyG ada meeting. Bila daddyG tak ada, mommy tak boleh nak uruskan kedua-dua mereka di klinik. Dah la tunggu berjam, anak-anak pon bosan dan meragam. Tak kira mereka berlari keliling tempat pesakit menunggu. Ohhh mommy tak larat!
So, lepas tu kami hanya buat pemeriksaan ibu dan anak di Klinik Dunia Medik Seksyen 23 Shah Alam. Jauh dari rumah tapi layanan doktor kat situ sangat memuaskan hati. Terbaik lah!
Hari ni nak buat MGGT, so malam tadi start berpuasa jam 11 malam. Pagi ini temujanji jam 9 pagi.
Mommy rajin update status kat facebook:
"2nd MGTT" at Klinik Dunia Medik Seksyen 23 Shah Alam.
Mommy dah register semua, cuma tunggu nak jumpa doktor sahaja. Dapat komen "Elak MGTT, ia mencetuskan candida overgrowth".
Apa perasaan bila mana anda sedang dalam proses MGTT. Dah puasa dari jam 11 malam tadi. Tiba-tiba member bagitau , "Elak MGTT, ia trigger candida overgrowth".
Apa itu candida overgrowth? Haa mommy pon tak tahu menahu sangat. Mommy bukannya doktor. Nak study lebih-lebih, elok lah kita bersederhana. Study lebih-lebih tapi yang faham dan di ambil pusing sedikit sahaja buat apa kan. Dapat disimpulkan di sini candida overgrowth ada kena mengena la dengan ekzema. So mommy cuak la. Mommy taknak babyB ada ekzema.
MGTT done! Tapi hati masih resah gelisah.
So mommy pon bertanya herbalist Melayu dan herbalist cina pasal candida overgrowth ni.
Mommy bertanyakan herbalist cina yang juga merupakan seorang doktor dan pengamal perubatan tradisional cina.
Kemudian herbalist melayu pulak.
Alhamdulillah. Apabila berubat, sila ada connection yang baik dengan mereka yang mengubati/merawat anda. Walaupun ekzema Anis Insyirah boleh dikatakan hampir pulih sepenuhnya, mommy masih berhubung dengan herbalist yang merawat Anis Insyirah.
Ibu-ibu mengandung yang pernah ada anak ekzema rasanya boleh faham message di atas kan. MGTT tak ada kaitan dengan ekzema.
Semua parent nak yang terbaik buat anak-anak. Mommy sendiri memilih kaedah rawatan tradisional yang menggunakan 100% bahan semulajadi dan rawatan pemakanan sihat. Semoga anak-anak mommy sihat.
Hurmm...Result MGGT keluar minggu hadapan. Harap tak ada kencing manis semasa mengandung anak ketiga ni.