Susu UHT vs susu tepung

Semalam mommy jumpa fernleaf full cream jenis UHT. Tengah promosi di Tesco. Murah juga. Niat nak beli pampers. Tapi biasalah kan, bukan sekadar pampers yang dibeli. 
 Fernleaf Full Cream UHT
Fernleaf Full Cream UHT
Mari kita ambil tahu apa beza susu UHT dan susu segar.

Susu UHT adalah susu berbentuk cair dan ada jangka hayat lama. Antara proses susu UHT adalah pemanasan pada suhu yang tinggi. Jadi khasiat susu UHT telah berkurangan.

Susu segar adalah susu yang paling kurang di proses. Ada susu segar pasteur dan tidak dipasteur. Susu ini pendek jangka hayat dan wajib disimpan dibahagian chiller sebab ia akan jadi masam bila tidak disejukkan. Cara nak simpan sama seperti susu ibu. 

Menurut En Nizam Herbalist, susu segar yang dipasteur lebih baik dari susu tidak dipasteur kerana ada kontaminasi bakteria dan parasit. Vitamin B kurang sikit sahaja untuk susu segar pasteur. 

Jadi mommy salah la selama ni ingat unpastuer tu lagi bagus. 

Kalau nak amalkan susu segar unpastuer kena panaskan pada suhu 70°C selama 20 minit. Alamak! Rajin pula nak ukur suhu masak susu. 
Susu tepung adalah susu lembu yang telah dikeringkan melalui proses spray drying. Proses ini mengekalkan kebanyakkan nutriti dari susu itu.

Susu tepung kebanyakkannya ditambah bahan-bahan seperti:-
🐟 gula dalam apa-apa bentuk contohnya corn syrup solids,
🐟 bahan pengemulsi untuk senang bancuh, 
🐟 vitamin atau zat galian tambahan selalunya dari sumber sintetik,
🐟 perasa tambahan untuk susu yang ada 'flavour'
🐟 lemak tambahan dari sumber lain seperti lemak sayur dan banyak lagi bahan lain. 

Yang penting kena baca dahulu apa yang ditulis di tin yang nak dibeli. Macam mommy, susah sangat nak hadam, terus tanya Encik Nizam Herbalist. 

Tahun 2014 mommy pernah buat entry mengenai fernleaf fullcream milk. Susu yang herbalist recommend. Sebabnya nak dapatkan stok susu segar mudah, namun kosnya yang buat mommy berfikir panjang. 


Rupanya susu Fernleaf Full Cream hanya ada satu bahan tambahan iaitu soya lecithin berbanding susu lain. 

Untuk pensterilan kotak sheet susu UHT, kilang akan menggunakan rthyleneoxide gas. Bahan kimia ini tak bagus. Namun ntuk susu tepung tak ada bahan kimia ini. Jadi susu tepung lebih bagus dari susu UHT. 

Mommy nak kena minum susu dah ni. Sebabnya badan asyik sakit sahaja. Tak cukup kalsium kah? 

Akhir kata, ukur poket sendiri nak minum yang mana. Pilihan terbaik adalah susu segar. Kalau tak minum susu, boleh amalkan pemakanan sihat. 

3 comments:

  1. Mommy boleh ganti Susu dengan pil kalsium Shaklee. Jimat Dan berbaloi. Susu ada gula tersembunyi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk info. Memang tercari-cari info ni.

    ReplyDelete
  3. Biasa minum susu tepung aje.
    lagipun stok tahan lama, tak risau basi r rosak

    ReplyDelete