Menyunting bunga di taman

11 Februari 2018, kami berkumpul dengan keluarga daddyG di Pahang. Jodoh adik iparku, yang dipanggil AyahMey dah sampai. Berjodoh AyahMey dengan orang Pahang

Emak, ayah, adik dan TokMek(nenek daddyG) serta PokChik sekeluarga datang dari Kelate. Mereka menuju ke rumah adik di Terengganu dulu, kemudian sama-sama bergerak ke Pahang. Kami dan PokTeh sekeluarga bergerak dari Klang.. 

Dah berapa biji kereta semua? 
1. Mak ayah
2. PokChik
3. Adik Terengganu
4. Kami
5. PokTeh

Kami tinggal di homestay 4 bilik berdekatan rumah bakal biras mommy tu..  Rumah yang luas boleh memuatkan kami semua.. meriah lah ramai-ramai.. ada 17 dewasa dan 6 kanak-kanak.

Majlis menyunting bunga di taman larangan pada malamnya selepas Isya.. Kami dah siap berjemaah sembahyang jamak Magrib dan Isya.. Lepas azan Isya je semua dah siap siaga nak keluar rumah..

Sempat lagi lah mommy ajak adik Madihah berselfie.. bukti bawa hantaran nak meminang😜
Sedang mereka berbincang, kami perempuan kat bahagian dalam rumah..tak dengar pula apa yang mereka bincangkan.. jadi kita selfie dulu eh..bila lagi nak jumpa adik beradik melainkan raya je..tu pon raya haji atau raya cina..

Bincang pun tak lama...Terus ayah minta mak sarungkan cincin

Comey bakal natu mak. Ini pon kali pertama mommy jumpa Mama Bella(suka hati mommy bagi nama panggilan..hahaha)


Emak mertua mommy dan bakal menantu(bakal biras mommy)
Esoknya kita semua bergerak pulang ke rumah masing-masing. Cepat sangat masa berlalu..Adam Anis dan Amal tak sempat nak lepaskan rindu..
Bila semua dah balik, Adam minta jumpa lagi kat homestay ni😅😅 Sabtu Ahad nanti... Haha macam senang je semua orang nak berkumpul...
Nanti kita jumpa lagi deh!

4 comments:

  1. owh.. nak meminang rupanya.. semoga semua urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. Bertambah besar keluarga alhamdulillah... Mana gambar papaG

    ReplyDelete
  3. dah selesai satu step. Lepas ni step seterusnya pulak. hehe. tahniah bakal dapat adik ipar pulak.

    ReplyDelete