Basikal baru Adam

Basikal baru Adam | Mommy beli basikal untuk adam kerana Adam puasa penuh selama sebulan. Satu pencapaian hebat dapat berpuasa penuh berbanding Adam di usia 5 tahun, langsung tidak berpuasa.
Basikal baru basikal lama
Ada cerita Adam dengan basikal baru. Pada mulanya Adam sangat gembira dari Kedai Basikal sehingga ke dalam kereta. Namun, bila dah sampai ke rumah, Adam mengamuk tidak mahukan basikal baru.

Basikal baru tak sama dengan basikal lama. Adam pula tak pandai nak mengayuh basikal sendiri. Huwaaa sedih la mommy, dah belikan basikal, Adam taknak pula..
Basikal kecil basikal besar

Penjelasan mengenai basikal baru

Basikal lama Adam berusia 4 tahun. Jadi basikal kecil sebab Adam masih kecil. Sekarang Adam dah besar, jadi basikal Adam kena besar.
Basikal baru Adam

Penyelesaian masalah basikal baru

Mommy minta daddyG belikan tayar tambahan. Daddy la pula sponsor kan..kekekeee... Dengan tayar tambahan, baru lah Adam mahu berbasikal. Fuhhh....
Tunggu van sekolah pon nak main basikal baru yang dah ada tayar tambahan
Bukan main laju lagi Adam mengayuh basikal barunya.. 
Laju lah Adam dengan basikal baru
Ada masa, mommy ajak adam berlumba.. hehe mommy bonding time di jalanraya begitu...
Hari-hari berbasikal
Tapi Adam masih tidak mahu berbasikal selalu kerana kawannya tiada basikal. Aduh anak! 

5 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah Adam...hadiah motivasi cukup puasa..

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat basikal baru. baru lagi kot dia takberani lagi nnti lama lama mesti disuruh buang roda satu lepas tu dah cekap dibuang kedua dua hehe

    https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Haha ragam anak. Yelah nak basikal tapi nak teman main.

    ReplyDelete
  4. wahhh cute nyer, berhati-hati kayuhhh basikal tuuu.

    ReplyDelete