Pengamal pemakanan holistik

Sekarang ni kan kalau sakit je sah sah orang jauh atau dekat, malah mak abah sendiri akan tanya "Dah jumpa doktor?"

Serasa aku dah terangkan banyak kali pasal rawatan pemakanan holistik. Namun masih tidak difahami. Maka aku mengikut langkah daddyG, "iye kan aje".

Kaedah rawatan pemakanan holistik merangkumi pemakanan dan gaya hidup seharian.

Bab pemakanan, dah bertahun kami amalkan makan beras rebus yang mempunyai kadar penyerapan mineral 11x lebih baik dari beras perang. 

Mahal la beras rebus! Memang la mahal kalau makan beras jenama Faiza. 5kg RM59.90. DaddyG pon tak mampu. DaddyG beli beras rebus jenama Bombei 5kg berharga RM22-27.

Kami menggunakan gula organik, garam bukit himalaya pink, extra virgin olive oil, minyak masak Saji/Vesawit/Aliff dan ayam tanpa vaksin dan antibiotik.


Namun begitu, anak-anak juga didedahkan dengan makanan tidak sihat seperti jajan. Ia suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Berbeza masa anak seorang. Mommy boleh kawal pemakanan Adam. Anis mula makan merapu bila dia dah baik dari ekzema. Amal pon belum setahun dah makan merapu. Susah! Arghh makan jela... 

Sakit datang pon bukan kita pinta. Macam Anis kena ekzema. Siapa nak anak kena ekzema? Sakit demam pon mommy taknak anak kena. 

Jadi mommy dah standby ubatan herba di rumah..mommy beli dari En Nizam Herbalist.

Madu, Bidara, Luban, Minyak Kelapa Dara, Baobab, Barley

Bila anak atau mommy sakit, mommy amalkan bagi makan madu, luban, minyak kelapa dara dan teh bidara. Sapu gel bidara pada ruam dan semasa demam.

Di samping itu mommy dapatkan nasihat doktor panel. Bila dah bagitau keadaan anak, baru lah kami decide nak pergi klinik atau tak.

Tengok sendiri lah baru-baru ni Amal demam selama 7 hari. 2x periksa darah normal. Amal hanya demam viral sahaja. 

Mommy bagi paracetamol juga sebab mommy sendiri sakit. Bila mommy sakit tak dapat mommy nak jaga anak-anak. 

Mommy bukan lah anti doktor. Mommy guna kaedah rawatan pemakanan holistik. Makanan hebat banyak. Kita je tak mengamalkannya. Sekarang mommy tambah satu lagi superfood Chia Seed. 

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik sentiasa. Aaminn...

0 comments:

Post a Comment