Dua beradik terkunci dalam rumah

Tempat kejadian dan gambar dalam Harian Metro adalah daripada kejadian semalam. Siapa dua beradik terkunci dalam rumah tu? Nak tahu cerita sebenar, boleh baca sampai habis.

Harian Metro Online 2 Ogos 2016

1 Ogos 2016

Jam 15:15
Adik Amal (perempuan) baru sahaja tidur. Mommy mula melakukan rutin harian; keluar ke laman rumah untuk sidai baju yang sudah dibasuh. Adam (lelaki) dan Anis (perempuan) apa lagi ambil peluang turut keluar rumah untuk bermain di laman.


Jam 15:30
Anis masuk ke dalam rumah berseorangan.
Tiba-tiba Adam jerit, "Mommy, Anis kunci pintu."

Kenapa pula Anis selak pintu utama tu. Mommy mula panggil Anis minta dibukakan pintu.
"Habis lah kita Adam. Macam mana nak masuk rumah".

Mommy dan Adam berada di laman. Tidak boleh masuk rumah. Walaupun kunci rumah ada di tangan Mommy, sekiranya diselak dari dalam, tiada orang yang boleh buka dari luar. Kena minta Anis bukakan selak tu, barulah mommy boleh masuk.

Nasib baik lah pintu keselamatan ini ada pintu kecil berjeriji yang boleh dibuka. Tidak lah Anis berasa dia keseorangan di dalam. Mommy minta anis buka pintu kecil itu dan Anis buka. Selak pintu utama Anis kata "tak boleh" buka. Padahal Anis pernah sahaja bukakan selak pintu utama tu semasa daddy pulang dari kerja. Arghhhh geramnya budak ni. Mommy minta Anis ambilkan handphone di dalam. Terkedek-kedek Anis ke ruang tamu mengambil handphone Mommy.


Jam 15:50
Mommy call daddyG yang sedang bekerja di Opis. Beritahu yang kami dua beranak  tak boleh masuk rumah. Mommy ceritakan dari A sampai Z. Daddy kalau balik pun akan ambil masa dan tak kan sampai cepat. 40 minit juga masa perjalanan. Daddy cuba pujuk anis melalui loudspeaker telefon. Puas dipujuk tetapi Anis masih tidak mengerti. Tiada cara lain untuk masuk ke rumah melainkan Anis buka selak pintu tersebut.

Amal terjaga dek bunyi bising di luar. Menangis la adik Amal kerana Mommy di luar dan dia di dalam rumah.
DaddgG mula bergerak pulang.

Mangsa-mangsa yang terperangkap

Mommy perlu fikirkan sesuatu supaya Amal tidak menangis. Usaha memujuk Anis untuk bukakan pintu akan bertambah sukar jika Amal menangis di dalam, Mommy minta Anis ke dapur dan ambil kan cokelat dalam peti sejuk. Anis ke peti ais dan jumpa air Calci Yum. Adik Amal capai air Calci Yum terus diam. Setel.

Selak yang di pegang Anis

Usaha memujuk diteruskan. Mommy pulun lah masukkan handphone di celahan jeriji untuk pastikan Anis betul-betul pusing selak pintu. Huwarrghhhhh Anis hanya pegang selak pintu itu tanpa memusingkannya. Apabila diminta pusingkan selak dia jawab "tak boleh", sambil pegang selak tu.

Tiada cara untuk buka pintu selain buka selak itu dari dalam.


Jam 16:40
Satu jam 10 minit Mommy dan Adam "terperangkap" di laman tidak boleh masuk ke rumah sendiri. Kawan-kawan mommy cadangkan mommy call JPAM. Ermm mommy kena tunggu daddy sampai dulu. Memanglah Anis dan Amal terperangkap. Keadaan mereka OK sahaja. Mereka di dalam merasai udara ber-aircond sementelahan kami kepanasan di luar.

Selepas 40 minit perjalanan daddyG sampai di rumah. Kereta diparking di luar laman.

Daddy cuba memujuk Anis. Minta dipusingkan selak. Tak berjaya. Sama ada Anis takut atau tidak mengerti apa yang kami minta dia buatkan, tidak pasti.


Jam 16:52
Jiran-jiran masing-masing sedang bekerja untuk menyara keluarga. DaddyG sudah mati akal.
Benda mudah sahaja dan sudah di depan mata. Kita semua tahu hanya dengan sedikit tuisan pada besi itu pintu akan terbuka. Namun apakan daya anak kecil tidak mengerti. Seperti kata orang tua-tua dahulu, "so near and yet so far"

Hari beransur petang. Mommy minta izin daddyG untuk call JPAM dan JPAM minta Mommy call 999 untuk buat laporan.


Jam 16:54
Pertama kali dalam hidup Mommy call 999, kerana sudah tak ada cara untuk kami buka pintu.


Jam 17:05
Pihak bomba dalam perjalanan ke tempat kejadian.

DaddyG ke belakang rumah melihat pintu dan tingkap di bahagian dapur. Mungkin ada laluan atau cara untuk cuba masuk. Semuanya ber-grill kemas.

Jikalau pintu utama ini adalah pintu kayu biasa, sudah lama makan tapak kaki daddyG. Bukan tidak biasa daddyG kopek pintu rumah sendiri untuk "selamatkan" Anis. Setahun lalu Anis juga la yang terperangkap dalam bilik. http://www.irrayyan.com/2015/05/68-minit-anak-terkurung-seorang-diri.html


Jam 17:17
Bomba sudah hampir di kawasan taman dan sekali lagi hubungi mommy untuk memastikan alamat yang diberikan adalah betul.

Bomba Malaysia

Jam 17:20
Bomba tiba. Mommy cerita kepada abang bomba perihal yang berlaku dengan panjang lebar.

"Pintu mahal ni. Pintu belakang pintu biasa ke macam ni?”, tanya seorang pegawai Bomba.

"Macam ni juga", jawab mommy.

Sesudah mommy dan daddy terang apa yang berlaku, seorang abang bomba tepuk bahu daddyG dan berkata "Jangan salahkan anak ya. Anak tak tahu apa-apa."

Mommy tunjukkan tingkap rumah. Masuk ikut sini saja lah kalau boleh pun.
Masa ini rumah mula penuh dengan orang, terutamanya budak-budak. Semua pakat masuk dek kerana ada kereta Bomba.

Bomba putuskan untuk potong grill tingkap bilik. "Nanti encik boleh welding semula".

Potong grill tingkap

Abang Bomba yang lain masih tak putus asa cuba memujuk Anis untuk buka pintu.

Usaha memujuk Anis

Lebih kurang 10 minit berbincang dan berusaha, Bomba berjaya masuk melalui tingkap.

Ototooo nampak almari baju plastik tu ternganga

Durasi kejadian semalam adalah 2 jam bermula daripada jam 15:30 hingga 17:30. Sesudah 2 jam "terperangkap" di luar rumah sendiri, akhirnya dapat masuk ke dalam jua.

Bomba bomba yang terlibat.

Terima kasih Bomba. Anis dan Amal tidak ada apa-apa. Mommy pun boleh masuk rumah. 


Siapa sangka perkara sebegini akan terjadi. Anis boleh buka selak tu dan pernah buka selak tu, tetapi pada hari semalam dua jam dia "tak boleh" buka. Apa masalah dia kita tak tahu. Panik? Mungkin. 

Mommy tak bawa apa-apa keluar sidai baju. Handphone dan kunci Anis ambilkan. Keadaan Anis dan Amal pun terkawal sepanjang 2 jam tersebut. Nangis sikit-sikit je la. 

Lepas ni macam mana mommy nak buat supaya tak berulang lagi? Never let her inside alone lah! 

DaddyG sedang berkira-kira untuk menukar grill tingkap sedia ada kepada grill tingkap berpintu. Akan diusahakan nanti insya Allah.

Grill Tingkap 4 x 4


Apa-apa pon terima kasih Bomba. Alhamdulillah semua kembali seperti sediakala.

Kakak mommy hantar whatsapp dari Bagan Serai Perak



28 comments:

  1. Maybe Aniss panik kot.. apepun Alhamdulillah, semua selamat..

    ReplyDelete
  2. Yang penting, semua selamat. Alhamdulillah. Kita sama2 lalui tragedi 1 ogos kan irra. Hahaha

    ReplyDelete
  3. mcm2 leh jadikan? apa2 semua selamat dah

    ReplyDelete
  4. Aduhai Anis...tp betul la..x boleh salahkan anak...diorang x tahu apa2

    ReplyDelete
  5. Yg penting smua selamat dan tiada kejadian buruk berlaku

    ReplyDelete
  6. terbaca jugak paper harini sebab mmg jd tukang baca paper harian metro kt opis.. oooo mcm ni ceritanya..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semua selamat..yang utama tiada yang cedera..syukur.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah semua dah selamat. betul kata bomba tu.. jangan salahkan anak-anak sebab depa tak tahu apa-apa

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Semuanya selamat.. Pengalaman yg tak dapat dilupakan ni..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillha...cepat bomba amek action. Yang penting semuanya selamat. Syukur

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Amal n anis selamat..

    ReplyDelete
  12. Betul..yang penting semua ok..sure Anis panic sgt2 laa tu..hehe

    ReplyDelete
  13. Budak budak ni kita tak leh jangka apa dia nak buat kan. Alhamdulillah laa semua selamat. Nasib baik gak kat dalam rumah beraircond & diorang selesa.

    ReplyDelete
  14. rsnya Anis panik

    mcm Aqil hr tu bila pujuk buka selak pintu bilik air dr dlm dia dok gelak pstu main air...tp mama dia panik sbb ada air kolah penuh tkut jd apa2

    ReplyDelete
  15. Anis dia panik sangat tu. Biasalah kalau budak panik. Apapun alhamdulillah dua beradik tu selamat.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah tiada yang tidak diingini berlaku.. semuanya dalam keadaan baik dan selamat.. rasanya Anis panik masa tu..

    ReplyDelete
  17. aduhhhhh sesak napas baca, eh sempat lg tu masuk metro. eehehehe

    ReplyDelete
  18. ALhamdulillah, dua beradik selamat...trauma tak mereka?

    Salam perkenalan, tak sempat nak bergambar masa gathering tempoh hari.

    ReplyDelete
  19. syukur semuanya selamat.. pemes amal masuk newspaper. hehe

    ReplyDelete
  20. topik hangat ..tapi apa pun pengajaran utk semua ibu bapa / pengasuh anak2 supaya jgn biarkan anak kecil bersendirian dalam/luar rumah tanpa pengawasan orang dewasa.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah semuanya selamat... Anis yang bijak.. Sel-sel otak tengah berhubung lah tu..

    ReplyDelete