Bilik air, sinki tersumbat


Semua orang ada dugaan masing-masing. Dulu duduk rumah flat, dugaan anai-anai. Kemudian diserang cikti. Macam-macam lah sehingga di halau oleh owner baru, kami berpindah. Itu pon hampir 4 tahun kami tinggal di situ.

Masalah tinggal di rumah flat ni adalah  bilik air hanya satu dan ruang yang kecil. Bila family datang, berebut la bilik air. Bila kawan-kawn datang, dah macam sardin. Rasa tak selesa dan panas. Almaklum lah rumah batu ni panas. Nak pasang aircond tak mampu. Nak buat makan-makan panggil kawan-kawan pon segan.

Bila pindah ke rumah teres. Mula-mula sekali family persoalkan harga sewa yang mahal. Puas nak terang. Kalau kami duduk rumah sewa yang murah dari sekarang, kami terpaksa naik banyak anak tangga. Tingkat 3 atau 4 sahaja yang ada masa tu. Tempoh masa berpindah tak sampai sebulan dan tiada rumah flat yang rendah. 

Bayangkan, rumah tingkat 3. Tiada lift. Sewa bulanan RM800. Maintenance RM44. So setiap bulan kena bayar RM844, manakala setiap hari kena panjat tangga 3 tingkat. Yang memanjat pula adalah ibu mengandung. Ermmm senyum ja la bila daddyG ajak pergi tengok rumah yang tinggi-tinggi ni. Memang mommy say NO la. DaddyG pon kata jenuh dia nak angkut barang 2-3x naik anak tangga bila balik dari beli groceries. Haaa tau pon! 

MUNGKIN sudah tiba masanya kami berpindah ke tempat yang lebih selesa. Anak pon nak masuk 3 dah. 

Tinggal di rumah yang selesa, bayar lebih la sikit. Duduk mana-mana pon dekat area Shah Alam tiada yang murah. Kami pindah jauh sikit tetapi masih berjiran dengan Shah Alam. Rumah luas anak nak main kat dalam rumah pon puas. Bila bosan boleh main di halaman rumah. Tapi tinggal di mana sekali pon akan ada dugaannya. 

1. Cikti masuk kawasan belakang rumah. Mommy dah dapat penyelesaian. Settle satu hal.

2. Anjing masuk ikut pagar. DaddyG pasang jaring di pagar. So anjing tak boleh masuk.

3. Kucing berak di halaman. Sehingga ke hari ni ada lagi kucing masuk berak di halaman rumah. Penyewa sebelum ni bela kucing. So dah biasa kucing datang ke rumah ni. Hurmmm. Dah letak air cuka pon tak jadi apa. Sampai kami dah malas nak buat apa-apa. 

4. Soket rosak. Kipas rosak. Bilik air dan sinki tersumbat. 3 masalah serentak. Soket tu tak mengganggu sangat kehidupan seharian kami. Kipas rosak memang masalah. Berpeluh akan menyebabkan Anis Insyirah gatal dan muka naik ruam merah-merah. Hari Jumaat lepas tuan rumah datang dan tukar kipas baru.

Dua hari lepas, 24-12-2014 tuan rumah hantar orang repair bilik air tersumbat. 


Sudah la busuk dan kotor, mereka keluar masuk. Jenuh la mommy nak kena cuci dapur ni.


Mop mommy pon jadi mangsa. Dah la busuk! 


Hairan jugak la. Baru duduk 3 bulan dah tersumbat. Tak ada pulak la aku buang apa-apa yang tak patut sampai tersumbat. Bangla tu kata sebab masak. Grrr memang la hari-hari aku masak! Adoi la... Kita tengok la lepas dia cuci ni, berapa lama boleh bertahan sebelum tersumbat lagi.

Bangla yang buat kerja tu pesan suruh siram sinki dengan air panas seminggu sekali. Bagi lemak-lemak makanan tak membeku. Katanya laluan perparitan yang sempit memudahkan sistem perparitan rumah tu tersumbat. 


Berketul-ketul keluar. Apa dia pon tak tahu. 3 bulan makanan boleh jadi macam ni? Yang pelik tu, taugeh pon boleh naik dalam bilik air. Tak pernah sekali pon mommy irra beli taugeh sejak pindah kat sini. 

Sayang lah. Rumah dah cantik sangat. Tetapi ada masalah perparitan. Hahahaha

Macam tu juga manusia. Nampak luaran semua indah belaka. Tapi hakikat sebenar kita tak tahu. Hehehe 

4 comments:

  1. Ha ha ha, betul tu irra, sama dengan manusia diibaratkan...

    ReplyDelete
  2. allah siannya mommy ira nek kena mengemas.

    ReplyDelete
  3. hahahhaa ada cerita... ada nasihat....
    sabarlah mommy... dugaan.... rumah mama sha kat rawang pun dah best semua dah... tapi bocor plak.... dah bertahun gitu je...

    ReplyDelete
  4. betul kak ira.. pasal singki tersumbat tu.. sebenarnye senang je.. kalau pergi kedai hardware cari satu serbuk tu.. anis pakai tu je.. sebab singki kat rumah selalu tersumbat.. tak pun bangla kate pon oke.. yang siram air panas tu.. satu periuk.. seminggu sekali.. :)

    ReplyDelete