Gula tu racun! Percaya tak? Kerana teknologi yang sangat canggih nak memutihkan gula tebu yang asalnya berwarna perang, telah menghilangkan semua zat yang ada. Habis selama ni kita ambil gula tu makan apa sebenarnya? Tak ada apa-apa! Nothing!
Malah gula tu dah menjadi racun. Terlampau banyak gula yang diambil menjadi toksik dalam badan.
Itu yang muda-muda lagi, malah ada kanak-kanak menghidap diabetes, sakit jantung dan bermacam-macam penyakit lagi.
Malah dalam susu, milo, semua makanan yang mengandungi gula adalah tidak bagus. Ha ha ha. Tapi mampu kah kita nak tinggal kan semua tu?
Menghentikan pengambilan gula putih tidak bermakna hidupmu di rundung malang. Haih bosan lah kan takde manis.
Gula putih boleh digantikan dengan gula organik. Akan tetapi penggunaan gula dalam kehidupan harian haruslah bersederhana.
Mommy irra mampu je tinggalkan semua yang manis-manis kerana anak. Anis Insyirah menghidap ekzema. Seisi keluarga mengamalkan pemakanan yang sihat. Cuma bila makan di luar tu memang tak boleh elak la.
Pepatah melayu mengatakan "Mencegah lebih baik dari mengubati". Jangan sampai satu saat kita tak boleh makan sebab sakit. Haaa so mari lah kita mengamalkan pemakanan yang sihat.
Perkara pertama adalah tukarkan gula putih kepada gula organik.
Sedikit info untuk dikongsikan bersama:
(Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya.), sumber
gula organic ni macam brown sugar jugak kan...?? cantik je tengok gula tu...
ReplyDeleteGula perang ngan gula putih sama je..gula organik lain,.nak dapat pon susah..stok pon tak banyak
Deleteboleh kena kencing manis kalau tak jaga.
ReplyDeletemanis tu sedap dan bawak penyakit, tq for d info
ReplyDeletexbyk tmpt org jual gula organik nie kn kak ira..
ReplyDeletesue x guna gula langsung di rumah alhamdulillah. minuman 3 in 1, susu pekat manis mmg dah lama tinggal..
ReplyDeleteSusah nak jumpa gula organik ni...
ReplyDeleteKat mana ada jual ni?Macam tak pernah nampak je...
ReplyDelete