Lagu Raya Klasik Evergreen dari 50an dan 60an


Dalam sedar tak sedar sudah 20 hari kita berpuasa. Hanya lebih kurang 10 hari lagi Ramadhan yang penuh barakah ini akan meninggalkan kita. Moga kita dipanjangkan umoq untuk ketemu Ramadhan tahun mendatang, insyaAllah.

Perginya Ramadhan bermakna Syawal bakal tiba. Apa yang sinonim dgn 1 Syawal yang kita panggil Hari RAYA?

Hari RAYA mesti pakai baju RAYA pagi-pagi makan kuih RAYA sebelum pergi sembahyang RAYA anak-anak tunggu duit RAYA radio televisyen mainkan lagu RAYA.

Ya, lagu RAYA. 

Setiap tahun pihak rakaman dan artis akan mengeluarkan lagu raya baharu bagi memeriahkan suasana raya. Ada juga penyanyi yang menyanyikan semula lagu raya lama dengan rentak terkini. Ada yang OK ada yang so-so. Semuanya bergantung pada citarasa kita yang mendengar. Kebiasaaannya lagu raya dengan lirik dan muzik asal adalah lebih ber-'jiwa' berbanding lagu raya saduran.

Nak ambik mood raya jom layan dulu lagu-lagu klasik dan evergreen dari tahun 50an dan 60an ini.


AIDILFITRI (50an)
Artis: Nona Asiah & Kamsani
Ciptaan: Zubir Said
Lirik: Tidak diketahui



Sembahyang Hari Raya bersama-sama 
Tafkafur dengan kutbah alim ulama 
Sujud dan bertaubat kepada Tuhan 
Muslimin dan muslimat bermaaf-maafan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Ku tujukan kepada putera dan puteri 
Ayah dan bonda yang ku junjung tinggi 
Mohon ampun dan maaf yang ikhlas diberi 

Wahai pak long dan mak long orang budiman 
Serta pak cik dan mak cik orang dermawan 
Salah silap jangan jadi dendaman 
Sejak pada ini hari mohon dilupakan 

Pada abang dan kakak yang lebih tua 
Atau pun pada adik yang masih muda 
Ucapanku selamat Aidilfitri 
Panjang umur usia dan murah rezeki 

Kehadapan suami wahai junjungan 
Maaf lahir dan batin mohon cucurkan 
Kalau silap laku dan perkataan 
Saya mengatur sembah mohon diampunkan 

Pada handai taulan serta sahabat 
Beserta anak isteri kaum kerabat 
Salam dan maaf dunia akhirat 
Mudah-mudahan semua sempurna dan rahmat


SUARA TAKBIR (50an)
Artis: P. Ramlee
Ciptaan: P. Ramlee
Lirik: P. Ramlee



Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

[korus]
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan


SELAMAT HARI RAYA (50an)
Artis: Saloma
Ciptaan: Ahmad Jaafar
Lirik: Ahmad Jaafar



Selamat Aidilfitri 
Kepada saudara serta saudari 
Setahun hanya sekali 
Merayakan hari yang mulia ini 

Di masa bulan Ramdan 
Kita berpuasa hingga sebulan 
Pabila Syawal menjelma 
Hari raya disambut dengan gembira 

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni 
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili 
Sungguh hebat pemandangan di Hari Raya ini 
Tua muda wajah berseri-seri 

Marilah bergembira 
Bersama menikmati hari raya 
Mintak mak kuih sepotong 
Saya mahu makan kerna perut kosong 

Selamat Aidilfitri 
Kepada saudara serta saudari 
Setahun hanya sekali 
Merayakan hari yang mulia ini 

Di masa bulan Ramdan 
Kita berpuasa hingga sebulan 
Pabila Syawal menjelma 
Hari raya disambut dengan gembira 

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan 
Diharap supaya jangan disimpan 
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki 
Semoga Tuhan akan memberkati 

Selamat Hari Raya 
Hari untuk kita bersuka ria 
Selamat kami ucapkan 
Untuk kita hingga sampai tahun depan 

Selamat Hari Raya...


DENDANG PERANTAU (50an)
Artis: P. Ramlee
Ciptaan: P. Ramlee
Lirik: P. Ramlee



Di Hari Raya 
Terkenang daku kepada si dia 
Kampungku indah nun jauh di sana 
Ayah serta bondaku 

Di tepian mandi 
Danauku hijau yang damai selalu 
Nun di sanalah tempat ku bertemu 
Aku dan dia 

Apakan daya 
Masa tak akan kembali 
Hancur musnahlah semuanya 

Impian yang murni 
Tinggal menjadi kenang-kenanganku 
Hanya rangkaian kata dengan lagu 
Dendang perantau 

Apakan daya 
Masa tak akan kembali 
Hancur musnahlah semuanya 

Impian yang murni 
Tinggal menjadi kenang-kenanganku 
Hanya rangkaian kata dengan lagu 
Dendang perantau


SELAMAT HARI RAYA (60an)
Artis: Fazidah Joned
Ciptaan: Kassim Masdor
Lirik: Jins Shamsuddin



Aidil fitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat… Selamat Hari Raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat… Selamat Hari Raya

*Chorus
Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahagia ini

Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakan hatimu yang duka
Selamat… Selamat Hari Raya



19 comments:

  1. Wah.. wah.. dengar lagu raya dah... :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. Separuh ramadhan dah dgr org pasang lagu raya kt office :d

      Delete
    2. Autopublish by daddyG ni KM.. :)
      Oh Anonymous ni ku kenal ke? letak la nama klu nak komen pon.. :-d

      Delete
    3. sapa anon yg reply komen KM tu haha.. :d

      Delete
  2. Ada peminat yang tersendiri untuk Lagu Raya Klasik Evergreen

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde yang lama, tak muncul yang baru
      daddyG ni memang klasik arhh..ahahahaa

      Delete
    2. daddy G minat rupanya. Tak boleh blah.... wakaka suruh dengar lagu raya Slipknot la cakap kat dia

      Delete
  3. salam. sy suka dengar lagu raya lama dari lagu raya sekarang ni..

    ReplyDelete
  4. anis lebih suka lagu2 raya versi lama2 nie.. lebih menusuk kalbu..aura dye lain..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ira xdengar lagi lagu raya...hehe
      kat rumah ni xde pasang tv..
      tapi mood raya semua org da lari skrg ni..
      elok juga mengimarahkan ramadhan dengan org mengaji

      Delete
  5. Wahh.. minggu ni pun dah mula lagu2 raya di mana2... raya dah nak smpeii.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju raya dah settle ke en khir? hihihi
      kami tak beli baju raya lagi nie

      Delete
  6. Akak mmg suka layan lagu2 raya klasik ni menyentuh jiwa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh nangis kan..huhuhuu...
      tahun ni raya dlm kesedihan seluruh rakyat malaysia :(

      Delete
  7. suara takbir paling best!

    tapi betul sis kata. kita sambut raya kalini dengan penuh kesedihan. takpelah, diorang pergi pun dalam bulan Ramadhan. hmm...

    ReplyDelete
  8. yang nostalgia tu yang best didengar mommy...lagu raya sekarang ntah laa hape2... tak best halwa telinga nak mendengar...

    ReplyDelete
  9. Kak Lya paling suka dendang perantau tu haaaaa aaaa.. Memang terbaik la ..Suka sangat2 ...

    ReplyDelete
  10. HEY. thanks.. dah dpt kad raya yg anda kirim..hehehe suka sgt.. nanti sya akan balas di masa terdekat ok.. thanks :)

    http://ehbloger.blogspot.com/2014/08/kad-raya-from-blogger-to-blogger.html

    ReplyDelete