Throwback Day 1-20

Salam, throwback anak-anak mommy 2011 dan 2013. Entry ini untuk mengimbas kembali perjalanan tumbesaran anak-anak. Ada yang tak ada gambar. Bukan bertujuan nak compare abang dan adik. Sekadar sweet and sour moment anak-anak membesar.

Adam Rayyan 31-8-2011
Anis Insyirah 27-6-2013

Day 1:
Adam Rayyan dilahirkan di Hospital Sungai Petani seberat 2.88kg. Baby lahir pada 37minggu 1hari.


Day 1: 
Anis Insyirah dilahirkan di Hospital Serdang seberat 3.67kg. Adik membesar dengan sihat bagaikan juara dalam perut. Keluar betul-betul tarikh EDD,40minggu. On vaksin BCG dan Hepatitis B(dos 1).


Merah muka Anis Insyirah.


Day 2:
Adam Rayyan bermalam semalaman di Hospital Sungai Petani.


Day 2: 
Anis Insyirah dah boleh discharge pada hari yang sama memandangkan mommy dan baby sihat. Home sweet home: Shah Alam. Merah betul muka.


Day 3:
Adam Rayyan di rumah tok Baling.


Day 3:
Anis Insyirah di rumah Shah Alam


Day 4:
Adam Rayyan berbedak sejuk. Adam Rayyan pon ada ruam. Kononnya ruam panas! Gambar version Motorola.


Day 4: 
Anis Insyirah balik Kedah.


Pergi hospital Baling check jaundice:warded. Berat turun: 3.5kg


Anis Insyirah 1 malam di hospital. Adam Rayyan 2 malam di hospital sebab jaundice. Sebab mommy berdarah O+. So senang baby ada jaundice tinggi. Adam Rayyan punya bacaan 304. Alhamdulillah darah Adam Rayyan sama jenis dengan darah mommy. Doktor kata jangan risau. Fuhhhhh lega.. Dah la first baby.


Day 5: 
Doktor bagi mommy dan Anis Insyirah balik. Yeay! 
Nampak x ruam-ruam tu? 


Day 6: 
Anis Insyirah dah balik rumah tok & cher.


Kena g klinik cek bacaan jaundice.


Day 7: 
Anis Insyirah g klinik lagi cek jaundice


Day 8:
Anis Insyirah ada ruam-ruam lagi.


Tidur jela kalau ada kesempatan. Haha


Ruam tebal kat pipi Anis Insyirah. 

 

Alahai. Kenapa la masa ni mommy taktau pasal ekzema. Huhuhu


Day 9:
Adam Rayyan dibotakkan hari ke9.


Siap ada majlis berendoi Adam Rayyan.


Day 9: 
Anis Insyirah g klinik cek jaundice lagi. Yeay bebas!


Tokma tokbah ngan ciksu datang jengok adik. Tokbah tolong botakkan kepala adik. Heee mereka dua beradik botak pada hari yang sama.


Daddy tolong pangku.


Day 10:
See ruam Anis Insyirah dok ada lagi. Huhuu


Pity u adik. Mom & dad tak alert pasal ni.


Daddy balik Shah Alam baru Adam Rayyan beraksi.


Hurmm sekarang aku dah tau kenapa jadi macam ni..


Day 12: 
Mandi!


Berbedak sejuk. Bedak sejuk bersifat detox. Good for baby. Let the rashes go! Naturally!


Day 13: 
Anis Insyirah berbedak sejuk


Baby kecil tapi lengan berketak. :)


Day 14: 
Anis Insyirah! Allahuakbar! Bila tengok balik gambar. Beruam camni. Sedih sebab dulu tak ada ilmu.


Day 15: 
Pengajaran buat mommy. 


Day 16: 
Anis Insyirah. Mommy, beringat lah tuk next baby.


Day 17:
Selama ni Anis Insyirah mandi air kosong sahaja. Good mommy! 


Day 18: 
Mandian berperfume akan buat keadaan ekzema more worst. Patut tok tak sabunkan Adam Rayyan & Anis Insyirah masa dalam pantang.


Day 19: 
Anis Insyirah! Kesian anakku. Maafkan mommy nak!


Day 20: 
Ruam Anis Insyirah masih ada. 


Adikkkkk..sebak mommy tengok gambar lama-lama adik



Masa ni nurse kata ruam panas. Tok ada sama. Tepek bedak sejuk je. Xde pulak mom gadoh nak p sapu ubat. Kenapa baby jadi ruam macam ni? Ekzema dah ada masa ni. Cuma x menyerang sebab kita tak ganggu dia. Tapi kenapa ada ruam-ruam? Mommy dah tau jawapannya. Vaksin. Autoimmune disease.


Bila orang sekeliling tengok Anis Insyirah dan Adam Rayyan, mereka mesti menyoal "abang dia tak kena ekzema?". Alhamdulillah. Adam Rayyan sensetif bila kena gigit nyamuk saja. Kesan gigitan akan jadi serupa benjolan terhantuk apa-apa. 

Ini lah Adam Rayyan & Anis Insyirah sekarang. Alhamdulillah. Anis Insyirah semakin bebas ekzema.




Mommy Irra,
2014

1 comment:

  1. alhamdulilah baik juga kan..terasa ada harapan utk ummul..selama nih mmg terasa remdah diri bile tgk kulit sendiri..:(

    ReplyDelete